UNIQLO Nak Tanggung Anda Ke Tokyo. Boleh?

AKHIRNYA, UNIQLO BAKAL DIBUKA DI MALAYSIA! DI MANA? DI SINI! SEMPOIII. Haha okay tak mainkan perasaan lagi dah. Di Fahrenheit 88, Bukit Bintang sebenarnya. Ala yang menggantikan KL Plaza tuh.





Brand dari Jepang yang membawa pakaian-pakaian unik (kasut pun ada) yang boleh disarungkan semua lapisan masyarakat hip dan happening, akhirnya membuka cawangan pertamanya negara kita. Sebab belum lagi rasmikan store dia ni, jadi sempatlah I gembar-gemburkan, 500 MANUSIA PERTAMA YANG BERATUR NAK MASUK KEDAI MASA PERASMIAN BERPELUANG BERCUTI KE TOKYO BERSAMA YANG TERSAYANG (EMAK, ADIK, SUAMI, CIKGU, SILA PILIH SATU SAHAJA). Jadi bilakah perlunya anda beratur menunggu peluang ini? Pada 4 November 2010 pukul 11 pagi dekat kedainya di Fahrenheit 88. Maka siapa yang teringin pergi Tokyo setelah sekian lama, saya persembahkan, pertandingan beratur dan mungkin menang! Kehkehkeh.



1000 manusia lain yang datang kedai pada hari gilang-gemilang pula dapat beg dalam gambar di atas. Beg je dapat, yang lain kena beli. Tapi takpe sebab untuk hari itu kebanyakkan barangan dimurahkan sebab saja nak murah hati masa perasmian. Contoh barangan eksklusif dimurahkan adalah:


1) Koleksi baju-T grafik UNIQLO, UT hanya RM29.90 sehelai (harga biasa - RM59.90)




2) Koleksi jeans bermutu tinggi UNIQLO, UJ hanya RM49.90 sepasang (harga biasa - RM99.90)




3) Jaket bulu biri-biri (Fleece) hanya RM49.90 sehelai (harga biasa - RM79.90)



Yang teringin juga tapi tak dapat nak mai Kolumpor, pergilah Facebook Page dia dan sertai semua pertandingan, semua games, sebab hadiah pun menarik! Lebih kurang sama juga dengan hari perasmian punya hadiah (vouchers, mystery gifts, etc). Facebook Page di sini. Go-UNIQLO main dan menang macam-macam.



Oh! Oh! Oh pakej pelancongan itu ada 5 pasang tauuuuuuu. Pakej percutian ke Tokyo yang ditanggung sepenuhnya tauuuuuuuu. Tempted tak tempted tak? LOL kalau tempted let’s go.


Okay ini link Uniqlo Malaysia, Go-UNIQLO.

No comments:

Post a Comment