Exams & Fish Diet

Hikhik baru belajar nak buka satu tweet jadi besar sebegini dan screen capture.


Saya selalu rasa kita perlu study untuk kehidupan selepas Universiti, jadi lebih baik kita belajar betul-betul sekarang dan gunakan apa yang kita dah belajar nanti. Kalau kita belajar hanya untuk exam dan bila keluar dewan exam ilmu pun keluar dari otak macam beramai-ramai diangkat ke langit, nanti bila nak kerja, nak gunakan ilmu tuh balik, kena cari textbook semula? Taknak. Baik belajar betul-betul untuk kegunaan masa depan. Bukan semata-mata exams.



Kadang-kadang ada orang score exams bukan sebab dia genius pun, tapi sebab dia terel hafal sebijik-sebijik ayat buku text. Kadang-kadang ada orang fail exams bukan sebab dia bodoh pun, tapi sebab dia lalai dengan potensi sendiri (yang mungkin lebih besar dari penghafal tadi). Jadi result exam sebenarnya bukan ukuran betapa besar gaji awak nanti, ia lebih kepada opportunity-creator. Awak nak peluang lebih besar nanti, jaga result exam awak. Namun kalau result exam teruk, tak semestinya anda bodoh (anda mungkin lebih ke arah praktikal) dan rezeki ada di mana-mana sebenarnya.



Saya kemukakan bahawa result exam adalah opportunity-creator sebagai pembuka kata adalah kerana saya nak tolong sikit sebanyak kalau awak jenis yang menjaga result exam. Saya nak cerita pasa diet ikan yang saya selalu cakap, sampai keluar Berita Harian pun nak membebel pasal diet ikan kah kah kah. Okay.



Saya cuma rasa ikan baik untuk otak apabila dengan pemakanan ikan kita terima omega. Sebenarnya saya sendiri tak tahu sejauh mana kebenaran makan ikan bagus untuk kuatkan memori, sebab malas nak kaji lebih lanjut tapi sebab selalu dengar teori ini, jadi marilah teruskan hidup dengannya sehingga timbul mana-mana makhluk yang dapat menyangkal kukuh.



Ada sebahagian diri saya juga berasa ia adalah sebenarnya psikologi otak di mana setelah makan ikan sahaja selama dua minggu, mulalah berfikir bawah YA OTAK KU TELAH KUAT MARI BACA DAN TERIMA ILMU DENGAN MUDAH. Bila pikir macam tuh maka jadilah macam tuh. Bak lagu jika kau pikirkan kau boleh deng deng deng, kau pasti boleh melakukan. Kiranya otak senang terpengaruh, jadi kita trick dia into thinking dia dah kuat sebab bersalut omega heh.



Diet ikan sebenarnya takdelah saya buat seminggu sebelum exam baru start. Selama satu semester belajar, memang banyak makan ikan. Purata dalam seminggu tujuh hari lunch, 5 hari mesti ikan. Bila dekat exam dan cuak sahaja yang memang tak sentuh ayam betul. Memang pandang pun taknak. Kalau dia goda-goda pun tepis godaan lah! Sebab? Sebab-sebab yang dinyatakan di peranggan terdahululah. Have you not been paying attention??



Tapi ada manusia yang benci benar ikan! Macam siapa tuh? Alaaaa dia tuhhh. Alaaaaa Hanis 4-5 tahun yang lalu tuhhh. Hehe. Jadi macam mana orang yang macam ini? Macam mana dia nak trick otak kata kau dah kuat aku dah salut kau dengan omega?



Cari laternatif lain. Tak semestinya makan ikan seekor setiap hari. Apa-apa yang based ikan, makanlah. Saya suka Laksa Penang, Laksa Kedah, seaweed, keropok ikan, keropok lekor, biskut bentuk ikan, sushi, Fish & Chips, satay ikan kepingan bulat-bulat dari Thailand tuh, Fillet O Fish, otak-otak. Okay sebenarnya saya suka semua makanan, tapi yeah.. itulah yang berasas ikan yang saya tekankan kalau boring dengan ikan lauk. Boleh cuba!



Laksaaaaaaaaaaaaaaa :P


Saya cakap benda ini semua sekadar berkongsi, saya pun tak tahu boleh score ke tak exam kali ini, cuak. Jadi saya doakan kejayaan kita semua. Yang penting tidur cukup bukan berlebihan. Makan sihat. Minta padaNya banyak-banyak tanpa putus.


"Ya Allah ya Tuhanku, kau bantulah aku dan kawan-kawanku menghadapi cabaran ini dengan baik. Kau kuatkanlah daya ingatan kami, tajamkanlah akal fikiran kami, lapangkanlah dada kami, terangkanlah hati kami, bimbinglah kami untuk fokus dan jauhilah kami dari kelalaian dan kemalasan. Kau bantulah kami menerima ilmu dan mempraktikkannya dengan cemerlang. Kau jadikanlah kami manusia yang berguna untuk keluarga kami dan masyarakat kami. Amin amin ya rabbal al amin, engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Pemalu"



SEDAR DIRI SEDAR DIRI SEKARANG. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA. HANIS KAU OFF LAPTOP SEKARANG! Oh yang sedar diri sedar diri tuh you were talking to me ke? Fine.

No comments:

Post a Comment