Bergaya ke ofis, kelas, taman, dapur, rumah mak mertua

Benci bila orang perempuan malas buat research tapi nak tampak menarik. Jadi bila dia nampak orang pakai baju cantik, dia akan eh cantiknya mana beli? Hoh! Apakah? Adakah awak mahu beli benda yang sama warna yang sama di tempat yang sama? Tentang perihal baju cantik, para perempuan perlu paham, ia bukan sahaja design dan bentuk badan jadi kriteria penyumbang kecantikan, tapi jenama.


Pengalaman beli belah saya, kalau suka satu jenama, kalau kualiti bagus, bajunya terletak elok pada badan, nescaya baju dalam koleksi akan datang semua akan elok-elok belaka. Ada pelbagai pilihan jenama dalam pasaran, ada jenama yang harus bayar lebih sedikit, tetapi itu semua untuk kualiti tahan lama, jahitan kemas, dan terletak elok pada badan. Saya bagi contoh, jenama saya pakai dari Tingkatan 2, iaitu MNG. Bagilah koleksi apa pun, dengan potongan dia, dengan material yang dia selalu pakai, memang senang terletak pada badan. Mari lihat koleksi Fall 2010 & Winter 2010.



Kiranya, saya buatkan research untuk awaklah ya?


Mulakan dengan trench coats sebab baru lepas tonton semula Devil Wears Prada! Yums! Cantikkan trench coats? Sukakan bila dapat tahu nak pergi overseas dan boleh pakai trench coats?! Bergelinang air mata gembira dan terus tuju MNG. Saya cari coats & jackets memang di sini.


Laburkan wang anda untuk satu trench coat berkualiti nescaya tidak akan menyesal.




Sekarang tengok mereka ranggi berjacket berblazer, nak jugaaak. Tuju MNG.





Semua gaya ada. Cakap je nak ranggi, nak anggun. nak skema preppy. Semua dalam satu tempat!




Perempuan cantik dalam perbincangan kita ini juga memakai dress ke office beliau, hish mengapa tidak?! Pretty dresses



Movie seterusnya juga saya telan air liur banyak-banyak melihat persalinan pelbagai, Beauty & The Briefcase. Formfitting dress, super cekci (sexy)!










MNG juga caters hijab wearers (si pemakai tudung), tak percaya? Mari lihat apa yang saya dah mix & match bertemakan chic dan decent.






Pants with flattering designs, untuk berkerja atau beriadah dengan sungguh indah.




Tiada lagi dolak-dalih untuk pemakai hijab tampil bergaya! Wah ayat kauu. Semua orang berhak stylo, itu mesej yang cuba diterapkan ke minda semua.



MNG juga untuk yang muda-mudi jangan dilupa.



Jadi pergi suruh suami belikan persalinan MNG 5-6 pasang sekarang. Kalau dia taknak belikan, bagitau dia, NAK I DRESSING MACAM SCAR JO KE TAK?!


Terus nak.

No comments:

Post a Comment