Hahahahaha I baru send out these tweets semalam ramai yang boleh relate dengan ini. Ada yang reply kembang kempis bila kawan cakap bapa muka macam Halim Othman, muka macam Hishamuddin, etc hahahaha. Semua bangga kan masa kecil-kecil kat sekolah bila ibu bapa datang. As for me, setiap kali lepas call Daddy suruh datang/ambil, mesti doa kepada Tuhan, harap-harap Daddy pakai baju kerja and bukan baju rumah. LOL!
Bila pikir balik, sebenarnya banyak perihal orang sekeliling yang sangat orang ramai boleh relate to. These are some of mine, relatable occurrences:
1. Pergi shopping jalan dengan emak dan jurujual tanya ini emak ke kakak? Hek eleh agak2 sket, kalau betul kau rasa tu kakak kau takdenya nak tanya. Tak pernah aku jalan dengan Kekna, ada nak tanya ini emak ke kakak? Okay memang takkan tanya sebab I nampak lagi tua dari Kekna, but that's not the point! Hahahahaha. Point is, KAU TAKYAH LAH POYO NAK LAKU KAN BARANG SAMPAI CAMTU. CAKAP MAK I NAMPAK MUDA JE DIA DAH KONFIRM BELI DAH. KAH KAH KAH.
2. Lecturer yang suka bercerita. Itu takpe lagi. Tapi ada hari yang dia akan cerita benda yang sama dia pernah cerita macam kita belum pernah dengar je cerita dia tuh. Adeh, semua pelajar stok pandang sesama sendiri nak hint suruh cakap weh dia dah ceritalah yang ni gi ah bagitau dia, taknak ah kau lah bagitau dia yang dia dah citer mende nih, ah asal aku, kau ah kau kan selalu macam rapat ngan dia, weh memang tak, kau ahh pergi oh okay dia dah habis cerita. Fuh cepat fake our expressions macam baru first time dengar cerita dia, waaaaaaaaaaaaaaah XD Hahahahahahaha. Kalau lecturer suka bercerita, kami sebenarnya appreciate kalau setiap kali nak mulakan cerita, sila cakap "Saya pernah cerita tak pasal.." untuk tidak menyusahkan kami cucuk-cucuk satu sama lain suruh beranikan diri bagitau.
3. Melayan orang tua. Orang tua semua suka mengomel, untuk jadi orang muda cemerlang terpaksalah layan dan cuba sebaik mungkin nak ikhlaskan hati melayan. Tapi kadang-kadang dia baru je cerita saya dah space out. Awememetuhabedumbedum *mumbling tua*. Apa benda dia cakap ni? Takpelah reply jelah: Oh ahh yer *angguk2*. Lepas beberapa ketika baru betul-betul masuk dalam otak apa yang dia cerita. Sabar jelah. Kalau dua tiga je orang tua macam tuh dalam hidup takpe, ini semua orang tua jumpa kat hospital, pejabat pos, bangunan KWSP semua sama. Tapi kalau taknak layan, nanti terpiker kang aku tua aku cakap orang tak layan kang sedih gila. So teruskan ohhh ahh yerr *angguk2*. Murni betul perangai.
4. Dapat pasangan yang kawan tak suka, lepas dah break baru diorang "Ha tulahhh aku dah lama nak cakap dengan kau yang kau sebenarnya deserve lagi baik, dia tuh memang ah.. aku tengok macam tak boleh pakai/ kedekut/ tak handsome/ tak lawak langsung/ tak reti jaga kau /tak matang /kuat jeles susah kita nak keluar etc". Asal kau baru nak cakap sekarang?! Habis tuh kalau aku tak break, kau nak biar jelah aku tunang kahwin dengan orang macam tuh?! Teruk.. teruk.. *geleng kepala*. Tapi sebenarnya kalau cinta, kau cakaplah apa, cinta jugak kah kah kah buta mata rabak T_T
5. Jumpa kawan kepada emak/ makcik yang suka kita pastu nak jodohkan dengan anak lelaki dia. Setiap kali jumpa jadi malu-malu padahal tak suka pun anak dia. Masa belum pernah nampak mungkin suka. LOLOLOLOLOL.
6. Kalau nampak polis tepi jalan tiba-tiba weh mana kad matrik aku eh apa bodoh.
7. Kalau nampak polis tepi jalan, manusia paling skema tak ada satu kesalahan pun akan rasa cuak. Yang duduk sebelah takde lesen *ehem* ini pun cuak. Apa ni, pakai guna-guna ke apa semua polis ni? Paling tak boleh belah, kadang-kadang bukan polis pun, mamat mana tah naik motor pakai jacket kuning neon tuh. Tak pun JKR tengah angkat kon. Penat je jantung berhenti berdentum. Rasa tertipu siut T_T
8. Pergi klinik, dapat doktor miang.
9. Jumpa orang Nepal, nak berkomunikasi dengan dia, kita pun berpenat-lelah hempas pulas cakap bahasa baku yang Anwar Ibrahim suruh guna, pastu dia buat muka blur, kita pun blur, OH DIA RETI ENGLISH RUPANYA, OKAY OKAY.. *start speaking speakang*.
Dah tak boleh pikir lagi sebab lapar. Kalau ada yang korang rasa boleh tambah, saya mahu baca!
No comments:
Post a Comment