Saya dan Alisya hari jadi dekat-dekat. 3 hari selepas saya dilahirkan, Alisya pulak keluar dari perut hehehe cerita dongeng tak logik macam kebanyakan cerita kat TV sekarang. Tapi perbezaan memang 3 harilah sebab saya 9 Oktober, dia 12 Oktober, jadi sejak kecil selalu meraikan bersama. Tapi dah tua bangka maluew lah kan nak tulis nama I sekali dalam kad jemputan untuk bagi satu kelas 4 Jelawai. Jadi diorang dah siap prepare untuk birthday Alisya, mama hanya buat panggilan dan berkata "Hanis anak perempuan ku sayang paling tersayang ever, boleh ajak kawan Hanis sebab nak sambut birthday Alisya sekali", dua hari sebelum majlis. Fine.
Alisya yang pilih menatang apa nak letak dalam doorgift guests dia. Amboi kau suka lebih-lebih, sikit je lagi nak hire perunding majlis tuh ingat I tak tau.
Makanan hari jadi budak senang jer, goreng-goreng siket, bake-bake sikit. Semua rambang mata.


Kemudian sesi malam, sesi orang tua. Orang 20-an. ECEWAH 20-AN DAH SKANG. Umur yang dah boleh paranoid dengan wrinkles dengan calon suami dengan metabolisme rendah.
Selepas seharian suntuk melayan kanak-kanak yang mula-mula panggil I kakak, pastu melekat semua panggil I cikgu, sebab masa I ajar game 'Concentration' banyak sangat tanya, sampai terpancul "Cikgu cikgu habis tuh kalau kita salah kita keluar eh", sesi malam melepak dan dinner bersama kesayangan.
All in all in a nutshell to conclude, I had a blast and joining Alisya's party is a wise move because eheh dapat hadiah lah kitew dah tua bangkew. Siapa yang tak terjemput, ini semua last minute and cuma dapat jemput mulut ke mulut dan kebanyakan takde kat KL? Sheesh! TAPI SAYANG SEMUA KISS KANAN KISS KIRI BYE! Oh lebih banyak gambar untuk parti ini dalam belog Chef kita hari ini, Nani Rostam. Amboi kau piker kau rambut blonde semulajadi nak panggil mak guna nama je LOL.
BuMpeR iSSuE! : Hahaha gedik sungguh ada bumper issue bagai, mentang-mentang bahan bacaan sejak rebung lagi adalah Majalah Ujang. Sebab baru realised I posted pictures on my Twitter as well, and not everyone follow my Twitter/ has Twitter so nah here you go. Happy Monday sayangs!



No comments:
Post a Comment