Kring kring.
Itchy: Yo wassup?
Scratchy: Jay! I want to ask you something.
Itchy: Okay ask lah.
Scratchy: You know that thing you wear on your forehead right?
Itchy: Which one?
Scratchy: Ala I dont know, I think it's called Nande.
Itchy: That's Bindi. Or Pottu in Tamil.
Scratchy: Then what the hell is Nande?
Itchy: I dont know lah you Malays.
Scratchy: HAHAHAHAHAHAHA. Sorry sorry. Ohh Bindi.
Itchy: Untuk assignment eh?
Jangan panggil nande. Agak insulting bagi mereka.
Beberapa tahun dahulu (macam lama je), kesayangan I telah bertunang dengan lelaki idaman kalbu. Masih segar di ingatan akan malam tersebut. Ceritanya begini. Hari pertunangan Jay jatuh pada hari yang sama dengan fashion show saya dan Figa di KL. Jay pula bertunang di sebuah kuil yang sangat jauh iaitu di Ampang. Tapi atas dasar sayang, kami plan juga untuk menjadikan kehadiran kami, suatu kenyataan. Selesai sahaja show, I dan Figa gelabah gila buka semua baju extravaganza, cabut semua mekap tebal, tarik-tarik perhiasan rambut dan siap sedia untuk ke sana. Kemudian kami lintas jalan raya yang sangat sibuk seperti dua orang makcik ke seberang jalan di mana Jules dengan machonya sedang tunggu di dalam kereta, bersedia untuk pecut. Akhirnya kami tiba ke destinasi dan upacara pun telah selesai, maka saya hanya menjamah manisan India yang enak. What a night.
Muka selekeh berminyak takde mekap, rambut bersanggul seperti dalam pantang. Oh dari kiri Jules, Figa, Itchy dan Scratchy.
Ya, kami (saya dan Jay) menggelarkan diri kami Itchy & Scratchy because we are just so adorable like that. Heh :B Jay ialah Itchy sebab dia gatal. Minggu lepas diadakan wedding dinner Itchy di KL. I yang penat lelah balik setiap minggu (eceh macam I yang drive aje), terpaksa balik juga sebab HELLO MY ITCHY IS GETTING MARRIED, Scratchy kena juga tunjuk muka. Kita sedang bercakap tentang Jay people, perempuan yang melayan kerenah I selalu, perempuan yang kalau kami cakap pasal boys, we can go all night. Eh maksud saya, men. Men. Tak main lah boys. Perempuan yang menganggap I seperti haiwan peliharaan yang boleh disimpan-simpan di dalam poket :') Perempuan yang ajar saya macam-macam tentang kehidupan.
Saya sungguh gembira bila perempuan itu, berkahwin kepada Man Of Her Dream. Congrats you guys, such a beautiful couple!
Jay & Sujen, captured by The Idan.
Muka penat gila baru touchdown KL.
Saree survivor (long story).
YingYing sayang. Takde baju, pakai je kebaya merah bata yang pak guard suka tahan kata neckline terdedah.
Sebenarnya, dalam gembira, I sedih. Itchy I dah kahwin, dia takkan ada masa untuk Scratchy dia :(
Bawa Scratchy pergi honeymoon sekali k? Scratchy picks Venezuela! Haha semak gila.
No comments:
Post a Comment