Penerbangan Pulang



Oh, I belum cerita lagi kisah penerbangan pulang I dari Sabah kan? Waktu tiket flight I dan emak tidak sama, maka I pulang sehari awal, di mana emak berpeluang bersuka ria di pulau-pulau di Sabah T_T Untuk Emak Bersuka Ria Di Pulau Di Sabah, klik sini.

Untuk dijadikan cerita, I pun kecewa kerana penerbangan pulang I nanti tidak seperti salah seorang Power Rangers, tetapi seperti tsk tsk Lone Ranger. Emak dan rombongan sudah bertolak, I dengan beg besar duduk di lobby seperti pelancong bimbo tunggu pengangkutan ke airport.

Tiba-tiba, Zul Mahat si penata musik keluar dari lift dengan beg beliau. I pun macam oh ada dia ini. Okaylah atleast kenal juga. Kenal di sini bermaksud sembang waktu lunch dekat Le Meridien sekali, lunch dekat Grand Borneo sekali T_T Tapi sebab dia kelakar orangnya, I tak kisah walaupun umur seperti bapa I bahahaha Zul are you reading this??

Duduk dekat lobi sembang-sembang, tiba-tiba lelaki Mat Salleh turun dengan begnya. Eceh lelaki Mat Salleh pula. Mohd si fasih melayu tapi taknak cakap langsung, kadang-kala sahaja word melayu keluar, poyo kan :P Dalam hati I, okay atleast dia ini pun ada, walaupun baru kenal waktu kat Sabah itu juga. Sigh.

Perjalanan pergi airport dan proses cari trolley di airport telah mengbondingkan kami, baru sedar walaupun seorang 50 tahun, seorang 26 tahun, seorang 18 tahun, rupanya ada chemsitry antara kami sampai tiga-tiga buat muka cute kat kaunter nak minta tempat duduk sama dalam flight haha. Tapi Mohd si kaki panjang nak duduk emergency exit punya seat, tapi tinggal satu kosong, di situ kami terpisah.

Lepas dah daftar penerbangan, Zul pergi cari udang untuk buat souvenier saudara-maranya, entah hapehape beli udang kat airport T_T Tapi biarlah dia asalkan bahagia. Mohd pun temankan I breakfast di McD. Mula-mula jelah teman, lepas itu,
makan sekali akhirnya (-_-").

Banyaklah benda lawak jadi masa on the way nak masuk flight, contohnya Mohd yang mengada, ada kemudahan carpet besi bergerak tapi taknak guna, nak juga jalan kat sebelah kami yang semangat buat muka 'Kami Sedang Nikmati Carpet Besi Bergerak'. Dia kata dia nak exercise, pastu Zul kata, "Oh sorry lah bro, but we Malays appreciate the technology". Atau dalam erti kata lain, kami Melayu memang gemuk buncit kuat tidur suka naik carpet besi bergerak.

Kemudian, masa untuk masuk flight telah tiba. Kami pun duduk di seating mengikut tiket. Mohd dapatlah duduk dekat dia punya emergency exit tapi takde leg space macam yang dia nak. Haha lawak gila. Orang kat kaunter itu macam tak paham kalau orang minta emergency exit maksudnya orang nak space banyak untuk kaki. I rasa dia ingat Mohd nak duduk sebelah emergency exit sebab kalau apa-apa boleh terjun dulu (-_-")

Tempat yang I duduk bukan sebelah emergency exit, tetapi ada leg space yang sangaaat banyak. Mohd jealous tak jealous tak? Haha. Akhirnya dengan otak I yang geliga, dan mulut Zul yang manis, dua makcik setuju bertukar tempat duduk dan kami berjaya disatukan kembali. Tiba-tiba I terpikir kalau ada plane crash macam Final Destination, macam mana diorang nak identify kitorang yang dah tukar-tukar tempat duduk ini. Tiba-tiba I dengan Mohd jadi makcik itu pula kang.



Cerita ini diakhiri dengan sebuah persahabatan yang indah hahaha. Pastu Zul buat lawak lagi bila dia excited dapatkan kami bertiga tiket untuk MTV Asia Awards. Bila dapat tahu rupanya itu Concert MTV World Stage terus huk alah, tak layan lah konsert-konsert ini semua (-_-")


No comments:

Post a Comment