Salam Lebaran


Di kesempatan ini (intro dah smart dah macam RTM), saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya dengan sepenuh dan seikhlas hati, ingin memohon kemaafan atas sebarang kesalahan, ketelanjuran, kekurangan yang terimpak kepada sesiapa sahaja yang pernah mengenali, yang pernah berurusan dan yang pernah berduka bersuka bercita dengan saya. Hanis Zalikha tidak dilahirkan sempurna semua segi, dan Hanis Zalikha berasa kesal andai pernah menyakiti sesiapa sahaja atau melakukan perkara yang tiada logika yang kita sahaja tahu. I am sorry, I truly am. Just wait for my personal apology to reach you :)



Ini gambar lama, Tingkatan 4 mungkin. Even dengan orang yang tangkap gambar ini, saya ingin memohon kemaafan. Lama tak contact awak ;) Teringat masa saya lepak rumah awak, baring-baring, awak pegang kamera dan kata "Hanis senyum". Saya terus tutup muka, sebab sedar wajah gemuk kalau dari angle atas haha. Maaf Zahir Batin, Fatin.

No comments:

Post a Comment