Videoklip tak berapa nak panas

Sigh. Mak selalu pesan tak elok mengeluh. Tapi kadang-kadang dalam hidup ni, kalau tak mengeluh, kita tak dapat apa yang kita nak. Long sighhh.



Kenapa weh kenapaa?! *Ceh tiba-tiba menyoal-nyoal cenggini, belum cerita lagi dah nak emo T_T*



Baiklah cerita dia macam ini. Mulai dari sekarang, kami para siswi yang menginap (hehe menginap) di kolej-kolej tajaan murni pihak UiTM tidak dibenarkan memakai sebarang seluar pendek, baju takde lengan, t-shirt sedikit kecil dan sebagainya UNTUK KE TANDAS T_T Sila simpati sekarang.



Mulai dari sekarang kami harus menghantar semula semua seluar pendek, baju takde lengan dan t-shirt sedikit kecil ke kampung halaman.



Mulai dari sekarang, sesiapa yang gagal untuk pulang ke kampung halaman dalam masa seminggu harus mengepos seluar pendek, baju tanpa lengan, t-shirt sedikit kecil menggunakan Pos Laju (kalau nak selamat) atau Pos Malaysia (tak jamin tak kena hujan) ke kampung halaman mereka.



Mulai dari sekarang, semua harus berpakaian lengkap untuk ulang-alik ke tandas, ini membawa maksud, kau harus usahakan juga nak pakai baju dan seluar dan kad matriks dalam kubikel tandas yang comel molek itu, selepas kau selesai mandi. Tidak kira lah kalau pakaian kau basah akibat ruang yang comel molek dan air showernya yang liar (liar di sini membawa maksud air keluar tanpa shower head, keluar stok deras yang macam kau letak salur getah di kepala tsk).



Mulai dari sekarang, abang maintenance nescaya tidak akan nampak kelibat perempuan berkemban kecualilah jeng jeng jeng eh what the hell kenapa menyeramkan diri sendiri dah lah sekarang pukul 12.40 tengah malam dan asyik dengar bunyi cicak main dalam plastik T_T



Mulai dari sekarang, semua perempuan akan turun berat badan 15kg akibat berpeluh kerana senantiasa berpakaian lengkap walaupun di dalam bilik setelah semua seluar pendek baju tanpa lengan t-shirt sedikit kecil dipulangkan ke kampung halaman. Unless kau nak tidur telanjang, mungkin itulah yang terbaik setelah kita diperlakukan begini ceh ceh ayat nak yang paling sedih je.



Mulai dari sekarang, Hamis Jalikha sudah suka makan di dining (takde kena mengena).



Mulai dari sekarang, Selamat Jalan Boxer Merah Thai Boxingku.



Mulai dari sekarang, semua sudah boleh berangan yang pihak UiTM ingin memasang penghawa dingin (atau pendingin hawa Imran please dont judge my BM T_T) melihatkan kepada peraturan mereka ini.



Kenapalah peraturan ini tidak seperti peraturan sahsiah yang lain yang hanya berkuatkuasa waktu pejabat sahaja (iaitu waktu abe maintenance berlegar)? Tidak perlulah disuruh memulangkan boxer I ke rumah yang confirm-confirm adik-adik di rumah pakai di kepala dan membiarkan poket boxer menggeleber di telinga untuk berlakon menjadi gajah.



Tapi jangan risau, yours truly yang skema ini hanya akan akur sahaja, hey I did colour my hair blue black remember? *tepuk belakang sendiri untuk tahap keskemaan yang terpuji.

No comments:

Post a Comment