Next time please dont drama so much

Yes I'm back in Segamat. I heard this time around there's huge amount of Part 1 intake. Okay usually UiTM Segamat will offer ramai orang to study here, but semua eh I mean most of them akan reject. Mungkinkah I dah berjaya popularkan UiTM ini? Ceh diam ah Hanis. Haha.


Anywaaay, I'm using my new roommate's laptop now teehee. Speaking about roommate meh I cerita why I was so drama taknak balik Segamat, losing faith in Segamat etc. Okay semua tahu kalau jaga pointer dan kad aktiviti penuh akan dapat stay bilik lama or atleast wing lama. DAN I PUNYA KAD AKTIVITI MEMANG MACAM SKEMA PUNYA PENUH. Dah lah masa MITEK mainkan kompang untuk Zamrud segalaa. Dah lah jadi Johan untuk Public Speaking peringkat kolej pastu dijanjikan dapat pilih bilik segalaa. Hmph sungguh menanam tebu di tepi bibir betul. Sebabnya I dapat bilik tingkat 3 depan tandas. Terima kasih untuk segalanya T_T



So malam dapat tahu tuh, I dah sedih dah, cakap kat mama dan daddy nak bakar UPK eh bukan bukan, nak reason out dengan mereka dan dapatkan bilik asal I YANG I SEPATUTNYA DAPAT TAPI TELAH DICAMPAK KE TINGKAT 3 BILA ADA PART1 TUKAR BILIK SEBAB NAK DUDUK TINGKAT 1. Kemudian I letak status kat Facecook eh tengok punya geram nak eja Facebook tereja mukamasak. Okay I letak status kat Facebook sikit punya jiwang hancur harapan segala, then baru tidur.



Esok pagi lihat awan di sana berarak mengikutiku pasti ia pun tahu teng teng teng. Haha I memang macam tuh, kalau marah, pastu tidur, bangun terus happy terus boleh berduet dengan Irwansyah ke ape tah. Hesh senang betul jadi kekasih I, bila gaduh suruh je tidur haha. Bangun terus karaoke pastu OK Hanis we get it, semangat gila explain. Maka I pun redha dapat bilik tingkat 3 mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Mungkin Allah nak pertemukan dengan kawan sepanjang hayat, atau punggung bakal menjadi cantik just in time untuk Filem Festival Malaysia sebab daki tangga banyak sangat, atau menjadi semakin skema sebab kawan jarang bertandang kerana malas nak naik tangga tinggi-tinggi. Ya itulah dia antara hikmah yang saya boleh pikir buat masa itu.



Tapi alhamdulillah datang-datang tingkat 1 ada bilik kosong yeaay! Maka hello Linda! Bila pikirkan balik, ada 3 possible roommates dalam plot I nih, tapi Allah dah takdirkan Linda, bukan bilik lama, dan bukan bilik tingkat 3. TAPI BILIK BARU YANG AWESOME! *tolong padam kebakaran kat UPK. Heh.



Maka I dah semangat selepas kawan-kawan lama tak jumpa semua bertandang berjam-jam di bilik I kemudian semua buat muka lapar maka kami pergi pekena Burger Segamat yang dijamah di Segamat Corner sebab Meor suruh pilih nak lepak kat mamak mana, pastu I kata kenalah Segamat Corner sebab kitakan makan Burger Segamat *skema. Dah lah dalam kereta I asyik in denial panggil Segamat, Las Vegas. Tsk. Pastu Hawa layan I yang dalam denial dan berkata "A ah pastu ada CSI". Pastu Ain pula "A ah kemudian Horatio bla bla wtf". Semua layan je I yang dah merapu bila lapar.


Tak, the reason I panggil Segamat, Las Vegas, adalah kerana bila buka tingkap dan letak kepala luar tingkap dan tengok lampu-lampu semua mulut mesti nak sebut WE ARE IN VEGAS BABY. Dah lah semalam nampak funfair uish lagilah mengVegaskan Segamat.



Pastu dah kenyang semua bersyukur I jadi senyap. Pendiam woh. Shifa pula bising sebab dia dengan I terbalik. Kalau I lapar I bising, kenyang senyap. Haha. Then dalam kereta semua kena paksa tengok Mentor TV3 dengan I. Then Meor yang tengah drive pun I paksa kutuk sekali eh I mean, tengok sekali (-_-"). New start of the new sem is great! Semua akhirnya admit rindukan campus life dan Malam Vegas telah merasmikan campus life kami :')





No comments:

Post a Comment