Open Table

I stared down my blog, scrolled through the pixelful pictures and sighed to the thought of how this blog is lacking a proper and significant/evocative update. I havent given myself a deep thought on this matter but I'd like to see what will come out of me if I have to write this in less than 45minutes.


Lets not waste another letter okay? Topic of the entry, "Friends". And this shall be another malay piece from me, sorry to disappoint you, Hanis Zalikha (yes I'm talking to myself, excuse me).


Kawan. Dari kecil I suka berkawan. Mama kata I dari kecil tak boleh duduk rumah, duduk diam-diam, suka sangat merayap pergi rumah kawan. Kalau bukan kawan sekolah, anak-anak jiran dijadikan kawan, supaya boleh pergi rumah mereka pergi dapur minta rempeyek.


Bila masuk sekolah rendah, makin ramai I dapat kawan. I ingat orang pertama yang I announce sebagai bestfriend forever. Siti Nur Fairuz nama dia. Satu kelas. Dua-dua sama comel sama padan wtf. Sama-sama darjah 1, kelas 1 Ikhlas, kelas terakhir T_T Teringat masa ujian bulanan kertas Bahasa Melayu, isi tempat kosong dengan huruf yang diberikan. Soalannya ialah, sejenis sayur. Huruf yang diberikan R, A dan I. Isi di PE_ _ _. MASA KECIL MANALAH TAHU SAYUR BERNAMA PERIA, EMAK TAK SEMPAT PERKENALKAN DALAM MASAKAN LAGI DAH KELUAR UJIAN BULANAN, FINE SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SELANGOR. FINE. So Hanis yang comel lote ini pun menempatkan huruf-huruf tadi sebagai P.E.A.I.R. Haha. Makes sense what?? Peair. Macam bunyi sayur kan? Okay takde kena-mengena dengan topik 'kawan', tapi takpe, iklan sayur-sayuran kejap.


Okay kemudian pindah sekolah makin ramai kawan. Teringat emak announce kat adik-beradik yang lain the reason sebab Hanis Zalikha buat parti harijadi setiap tahun ialah sebab dia ramai kawan :') Tapi siapa yang birthday dekat-dekat selalunya dapat tumpang semangkuk, tahniah. Tapi sebenarnya kalau tak buat parti harijadi pun, sambutan birthday kat rumah kami sentiasa meriah. Kek dan belon dan seisi keluarga wajib ada. EH LARI TOPIK LAGI T_T Okay pastu bestlah setiap tahun buat parti harijadi, dapat macam-macam hadiah, jam Hello Kitty, bantal Teletubbies, kasut Banana In Pyjamas, beg sekolah Mickey Mouse, heh parti darjah 4 hadiah semua macam 4 tahun, malu I semua yang bagi hadiah kenal I dengan mendalam :B







Okay nanti kita sambung kembali cerita kawan ini ya. Nak masuk bab sekolah menengah selepas ini. Bab-bab sensitif. You pula open table. Daa!

No comments:

Post a Comment