The Girls Club!

Nowadays everything is made simpler. Like ordering pizza from Pizza Hut's Website (yes I know this one I dah berlagak kat Facebook). And college registration made easy with UiTM Student Portal. And buying things from the US with Your Sales Assistant. Talk about spoon feeding. And the latest would be, Kotex going online. Treng treng treng. This is where you can ask all sorts of questions regarding your body and health and mind and emotions yang you malu sangat nak tanya orang lain.


Why lah mereka baru nak adakan this website?? I remember last time masa I baru dapat period. I dalam kelas agama duduk sebelah Afifah and masa itu belajar tentang kejadian manusia. Ustazah was explaining proses bayi terbentuk, and bila kandungan gugur ustazah kata akan keluar macam ketulan darah dari bawah. I jadi hairan dan cuak, sebab I rasa macam period pun ada juga benda serupa kadang-kadang. So I turned to Afifah and said “ Eh awak ada tak period keluar ketulan darah pejal?”. Kemudian Afifah balas “Ha? Mana ada. Tak pernah langsung”. And this came oleh orang yang dah lama period okay. Weh what the hell I dah cuak gila kenapa takde, takkan I punya period abnormal. Takkan I keguguran anak??! Bila masa I mengandung??! Rupanya memang benda tuh normal untuk sesetengah orang. Hesh kalau dah ada website ini dari dulu kan I tak gelabah macam tuh. Malu I.


Sebenarnya perempuan memang banyak persoalan tentang tubuh badan tapi malu nak tanya dan tidak tahu nak tanya kepada siapa. Tapi dengan website ini semua boleh berkongsi pelbagai info, pengalaman dan kisah lawak tanpa perlu reveal identity. Dan tak perlu melihat muka-muka wtf bila kamu tertanya soalan bodoh hehe.


Okay section favourite I would be Ruangan Mitos Terbongkar. Tengok senarai mitos ini pun kamu rasa nak mengadap website ini setiap hari.

1. Pijak tuala bila kamu period dan ia cuma kekal selama 3 hari.

2. Ketahui kedaraan seseorang dengan melihat tapak kakinya.

3. Kamu boleh mengandung jika budak lelaki menyentuh kamu

4. Pemakaian coli yang kerap akan menyebabkan kanser payudara.

5. Masturbasi boleh membuatkan kamu buta, pekak atau bisu.

6. Do you know that stress can cause menstrual delay?

7. Selulit hanya ada pada kaum perempuan saja.

8. Sentuhan lelaki pada payudara perempuan dapat merangsang pembesaran payudara.

9. Seseorang yang payudaranya kelihatan jatuh pasti sudah pernah hubungan seks.

10. Seseorang yang payudaranya kelihatan jatuh pasti sudah pernah melakukan hubungan seks.

11. saya mempunyai masalah lambat period walau pun saya sudah berumur 15 tahun...apakah masalah yang sedang saya hadapi??saya buntu.. kawan-kawan saya semua sudah mengalami alm remaja tetapi saya belum lagi..saya sedih.. adakah saya akan menjadi seorang lelaki???kerana tidak mengalami haid..tolong lah saya kerana saya ingin menjadi seperti kawan-kawan saya yang sudah remaja....

12. mengapakah seseorang remaja itu lambat mendapat period walaupun usia nya menjangkau 16 tahun?

13. Krim lotion yang berbau kuat boleh mewujudkan jerawat pada badan.

14. saya dengar kalau perempuan berpegang tangan dengan lelaki ini akan menyebabkan kehamilan betul ke?

15. semasa datang period kita dilarang mencuci rambut.

16. duduk atas bantal akan menyebabkan bisul

17. Makan pada lewat malam boleh menyebabkan kegemukkan.

HAHAHAHAHAHA BEST GILA DAH LAH KELAKAR. Dan ini baru senarai page pertama okay! Oh and then dia ada game Permainan Kuiz Kotex, macam main virtual Barbie. Bila jawab soalan dengan tepat dapat pilih baju mekap scarf seluar kuning aww. Sambil tuh dia selit banyak tips yang membuatkan I rasa macam baru baligh semalam, naïf rupanya kita ini semua (ceh nak samakan semua orang naïf sekali). Heh.


Fuh too much going on, you should check it out yourself. Like dekat atas sini, as you can see, boleh download buku Tentang Gadis. Buku Tentang Gadis: Sebuah buku mengisahkan perubahan-perubahan dalaman, tubuh badan dan emosi golongan perempuan. Diceritakan dengan gaya bersahaja agar senang untuk didalami dan dikaitkan dengan pengalaman sendiri, tetapi padat dengan informasi serta fakta sains. Terdapat beberapa bab menarik seperti Masa Untuk Membesar, Saya dan Seks dan yang lain-lain boleh download sendiri yaa.


Wanita, perempuan, gadis, anak dara semuaa, tolonglah sedar yang kita ini perlu lengkapkan diri dengan pengetahuan yang lebih mendalam tentang badan, emosi dan minda. Takpayah malu-malu lagi dah, kita memang perlu tahu tentang badan sendiri. Dunia ini akan jadi sebuah tempat yang lebih baik jika wanita, tahu lebih banyak tentang hal wanita. Pikir secara logik, kita kan suka bersembang, sekali-sekala kita perlu juga bersembang tentang hal yang ada isi weh, bukan pasal Desperate Housewives je. Apa yang Hanis nak sampaikan di sini ialah, bila kita sedia maklum tentang perkara-perkara yang ilmiah tentang penyakit wanita etc, kita boleh pass on info itu untuk early prevention kan? Kita boleh sama-sama paham kenapa kita tak harus sakit hati bila kawan kita PMS kan?


SO WHOS WITH ME? Dah pergi www.kotex.com.my sekarang.



No comments:

Post a Comment