Saya baru pulang dari bersiar-siar belanja sahabat handai punya birthday di Tony Roma's. Tak mahal pula tempat yang dia pilih kan T_T Nanti saya upload gambar aviator murah saya baru beli ya (terpaksa beli murah-murah, duit habis di Tony Roma's). Bapa sila simpati.
Bila dipaksa suruh update belog. Saya terus masuk account blogger dan tekan "New Post" tanpa benda spesifik nak luahkan. Makanya anda kini sedang berada dalam sebuah penulisan tanpa plot. Anda seorang yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Anda tidak patut buka restoran nasi ayam satu hari nanti.
Saya tak suka bila orang tanya saya macam mana saya jaga kulit. Sebab kulit saya tak cantik mana pun. Dah jangan tanya lagi. Kalau taknak dengar jawapan "minum air banyak-banyak", baik anda hentikan niat untuk tanya.
Dewa sihat walafiat by the way. Dah remaja dah dia. Dah bujang, tak reti duduk rumah :'( It feels like yesterday dia muat dalam dompet Anna Sui fake I beli kat Segamat T_T'
Bila bercakap merapu-rapu seperti ini, I teringat adik I Hafiiz yang suka menyampuk. Perangai menyampuk-nyampuk ini tak elok sebenarnya, selain dia boleh buat orang lupa tajuk asal, dia boleh buat orang rasa nak simpan penumbuk dalam mulut anda. Penumbuk eh, bukan kacang tumbuk, jangan nak naik kepala. Berbalik kepada topik menyampuk tadi, I dan kakak Liana sedang bersembang-sembang kosong di ruang tamu. Kebetulan Si Penyampuk Hafiiz ada bersama. Orang sembang pasal Angelina Jolie, dia boleh datang sibuk-sibuk, takde kena-mengena, hal orang tua sambil tanya "Ha kenapa dengan M.Rajoli? Kenapa dengan dia?". Sekarang anda boleh paham kenapa saya seorang yang sabar T_T
Home » Seminit bersama Hanis
No comments:
Post a Comment