Servis urutan indah Hanis Zalikha

Geli mat dengan tajuk sendiri. Tapi memang benar. Keturunan Jawaku memang pandai mengurut. Dan dalam adik-beradik, hanya I yang dikurniakan bakat mengurut. Dulu mak selalu sengal-sengal otot, dan I akan dipanggil dari jauh dan dibawa dengan feri (besar2kan cerita) untuk dibawa mengurutnya. Mak memang selalu puji kemahiran I mengurut kepada semua orang. Eh okay lari topik pula padahal nak cerita pasal makcik I yang pandai mengurut dan suruh I come up dengan poster untuk servis urutan beliau. *Masa bangga diri telah tamat.


Puan Mimah (haha sejak bila panggil makcik sendiri puan, so cute) memberikan sepenuh kepercayaan kepada I untuk ciptakan beliau poster. Ini hasilnya setelah godek2 23minit. Amat simple.


Kemudian Puan Mimah cerita betapa ramainya orang di KL yang perlukan penjagaan sepenuhnya selepas pantang oleh Puan Mimah selama sebulan kerana mereka sudah tidak mempunyai ibu atau ibu berada jauh di kampung. Maka Puan Mimah akan duduk bersama dan jaga dan ada pakej yang sehingga ke tahap membasuh baju ibu dan anak *tunjuk ibu jari ke atas. Puan Mimah dah lama dah buat servis ini dan dia memang pakar, sekarang ini dia diterbangkan ke Sabah nak urut anak Menteri mana tah (tak fokus masa dia cerita heh).


Tapi sebagai seorang anak saudara yang baik, I akan cerita lebih lanjut tentang pakej-pakej berikut :')



Pakej Rumah di mana Puan Mimah akan tinggal bersama anda dan servis tertakluk kepada berapa hari anda pilih untuk dia berada di situ. Boleh pilih 7, 14, 21, atau 30 hari. Merangkumi:

1. Diurut setiap hari.
2.Diberi mandian herba (mandi wap).
3.Rawatan warm stone theraphy.
4.Herbal body scrub.
5. Penyediaan makanan dan minuman herba.
6. Bayi pula akan dimandikan dan diurut 2kali sehari.

Pakej eksklusif ini bermula dari RM700 dan ke atas.

Pakej Harian pula adalah pakej urutan 3jam setiap hari, boleh minta 3hari atau 7hari lawatan ke rumah. Pakej ini bermula dengan harga RM360.00 ke atas :)


Okay penat membebel, kalau nak tahu lebih lanjut sila talipon Puan Mimah di 017 7960887. Yang tak bercadang nak guna servis ini pun sila ambil nombor in dan save sebagai Urutan Ibunda sebab nanti tiba-tiba emergency dah beranak lupa nak cari tukang urut hoh. HANYA UNTUK KAUM WANITA. Okay assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment