Apakah tajuk bodoh itu? Siapa yang taip. Saya pun tensi sebenarnya sebab lama tak menulis. Lama tak menyempat nak tulis. Sedih tambah tensi tambah perut kenyang jadi saya susun sepuluh jari untuk pakai qutex eh kenapa macam tu Hanis. Okaylah saya pohon yang rendang, eh tak, saya pohon kemaafan sekarang. SAYA SUSUN SEPULUH JARI UNTUK POHON KEMAAFAN SEKARANG. Saya dah beli baju raya tiga pasang, sungguh bangga kerana ketiga-tiganya dibeli pada puasa yang ke-4. Sangat awal dalam sejarah hidup saya. Insyallah dapat pakai bila beraya di Utara nanti. Saya beraya di Utara tahun ini, bila sebut Utara, memang betul-betul Utara, memang Perlis, Kedah, Penang dan Ipoh. Memang Mee Abu dan kuih karas. Memang sengseng lengan baju nak makan nasi kandaq boleh nampak gelang sampai siku. Nanti raya jemput datang rumah! <-- Kalau awak rasa ayat ini bukan ayat pelawaan tapi lebih kepada hoi baik kau jemput aku datang rumah raya tahun ini, kita boleh geng. Nanti raya jemput datang rumah (awak)! Macam tu sebenarnya bye.
Home » Speaker's Corner » You can count on me for lack of updates
No comments:
Post a Comment