Rambut Palsu Berpesen-pesen.

Got to try em wigs for a future photoshoot y'all. Bertempatkan di jalan kegemaran, Jalan Telawi Bangsar, saya berpeluang melihat potensi-potensi fesyen rambut akan datang terhadap kepala besarku.




Dulu hanya sebuah laman sesawang, kini merupakan sebuah butik yang mampu dikunjungi semua pihak. MEMANG KENA KUNJUNG KALAU NAK BELI RAMBUT PALSU SEBAB KALAU BELI ONLINE SIAPA NAK AJAR KAU PAKAI. Tapi kalau dah reti pakai sendiri, baguih naaa, bolehlah beli online takyah keluar rumah. Moh www.headcoverzshop.com , moh.





Bila minta tips rambut I bagi. Pastu minta lagi, I bagi. Minta lagi, I bagi. SEKARANG KALAU TAKLEH JADI SAMA GAK, PERGI KEDAI NI MINTAK RAMBUT PALSU YANG I PAKAI TU HA. Dah duk diam-diam. Kau cuba sampaikan yang rambut kau macam rambut palsu atas tu ke weh *jeling*.





Tuan kedai kata orang Melayu suka beli fesyen ini. Memang dah boleh berlakon drama Melayu dengan Aaron Aziz dah bila pakai. Terima kasih untuk peluang ini :')



Selalu suka luruskan rambut bila pergi events, kini tak perlu merosakkan rambut lagi pabila wujudnya rambut palsu lurus! Tak sampai 5minit, sudah siap berdandan!



Bila beli-belah di sini, dia bagi try rerambutan kemudian dia ajar kita pakai! Oh kalau nak beli rambut palsu kena cuba semua sampai jumpa yang sesuai. Macam I alami, yang cantik di kepala patung tidak semestinya cantik di kepala sendiri. Sebab kepala patung kecil. Kepala I.. Demok.




Beza betul kualiti kamera tuan kedai dan kamera sendiri. Kamera tuan kedai memuluskan kulit. Terima kasih untuk peluang ini :')





Boleh juga lihat rupa anda lebih matang atau secara kasarnya, tua, pabila mengenakan warna rambut berbeza!





Hello earthlings.




Juga terdapat dalam warna hitam!





Ayu tak bila rambut hitam legam? CAKAP AYU CEPAT.




Jangan risau, keayuan boleh hilang dalam sekelip mata sejurus mengenakan rambut merah oren. Ganaih, meow grrr.




Bila dipinta untuk pilih mana-mana yang I suka untuk dibawa pulang mestilah pilih yang ayu ayuuu hewewww *kelip mata banyak kali*



Meow grrrr. Eh salah bunyik.

Sebelum ditanya, ia adalah sintetik, harga bawah RM200.

No comments:

Post a Comment