Gambar Entri Beraya

Sila dalami tajuk itu sebab saya dah tak tahu nak eksplain macam mana lagi dah. Gambar raya terlalu banyak. Tapi untuk entri ini saya hanya letak 44 keping gambar beraya. 44 keping ya, 44 keping. Jadi pergi tunggu semua gambar load dan main Spider Solitaire.




Selamat kembali. Jadinya ini hanya entri gambar beraya sana sini. Gambar orang datang rumah entri lain lah ya. Itu pun kalau rajin, sebab I sekarang ni fokus study jerrr. Baiklah tak perlu kencing sesiapa, Hamis.

Jangan nangis kalau rumah anda saya terlupa tangkap gambar. Hampir semua gambar ini bukan dari kamera saya tapi belas ihsan rakan dan taulan.


Selamat pagi, Aloq Setaq.



Kampung kita!




Rumah makcik kita! Rumah yang tak pernah masak tak sedap. Eleh ayat nak kompleks je. Cakap jelah rumah yang selalu masak sedap. Amende tak pernah masak tak sedap




Beraya di Kodiang rumah kawan Kekna masa belajar dulu. Jauh gila rumah hang! Tapi Mee Kuah sedap :')




Rumah Dato' Hassan di PJ, sebab kami sendiri takde datuk.






Mihihihihihihihi *gambar makanan je suka*




Shout out to Nisa <3




Macam tulah cerita dia.




Seterusnya konvoi raya 5 buah kereta di entah berapa buah rumah selama 2 hari.


Rumah pertama ever, rumah Uzma! Rumah yang hidang soto nasi dan spagetti *hafal makanan setiap rumah*.







Dah melawa melaram kenalah duduk paling depan sekali setiap peluang yang ada.








Eeeeeerk, gambar kandid kegemaran kita semua! Riang ria hari raya biskut kornflakes.





Macam tulah cerita dia.




Eh ada lagi satu gambar. Ha okeh macam tulah cerita dia.






Lepas dah kenyang diorang nak tunggu open house seterusnya, rumah Farah tapi rumah Farah pukul 4, jadi mereka bersatu hati untuk ke Castle dan bershisha. Saya pula bersatu dengan perut untuk order makanan heh. WEH SEDAP BONELESS GRILLED CIKEN NIH.





Rumah Farah! Semakin banyak makanan dan kegembiraan!






Ini lah Farah comel yang juga menyambut hari jadi secara terkejut (surprise!).






Kkkkk, dah dah kembali ke gambar makanan balik.





TRUCK STEAMBOAT?! Dah dapat lesen kereta nanti nak beli.





Sedap lah giler. Ada lagi makanan yang tak sempat tangkap gambar dah masuk mulut. Ceh konon tak sempat, padahal malu terhadap teman semeja yang asyik pandang bila I tangkap gambar makanan. Itu tahu pula malu, ulang alik meja buffet tak rasa apa-apa.







Berlemuih berdua.






Di rumah Liana Khairul! Hanya gambar berdiri-berdiri begini, tapi ini sumpah buffet best juga catering tip top. Bayangkan jelah, penat I tangkap gambar.





Lepas rumah Liana, mereka beraya rumah I, tapi itu nantilah entri lain k. Yang ini gambar lepas dah mandi dan bergerak ke rumah Hambali untuk makan ketupat frozen Terengganu yang superb yang bukannya kukus, tapi goreng omg makan banyak-banyak tak tinggal orang belakang, ah itu masalah tuan rumah bukan masalah kita. TERINGAT LAGI KESEDAPANNYA :(



Selesai habiskan ketupat rumah Hambali, pergi rumah Liana semula, nak habiskan mercun.




Mula-mula baik comel skema je main yang lame-o bunga api.







KEMUDIAN JENGJENGJENG. Ini masa nak pasang mercun yang dia patutnya terbang naik ke udara, tapi lepas lit up tersangkut kat tanah pastu semua bertempiaran lari dan I yang menyorok belakang Shazamir si gagah berdada bidang pun lari jugak sebab cuak weh meletup kat tanahhhh gila Palestin.





Tiada siapa terbunuh.






Shazamir gagah dipergunakan sebagai shield.





Aksi meredakan hati yang berdegup kencang setelah drama mercun tadi, bersama Luqman.






Rumah Shazamir yang sangat cantik, memang masa untuk berphotoshoot setiap sudut.


















Dah? Dah habis dah photoshoot? Patut ah 44 keping.





Masa nak pergi rumah kawan Mama & Daddy. Nak juga letak gambar ini walaupun kepala I teleng. Sebab.. sebab.. KEKNA CANTIK SANGAAAAT!





Rumah Aunty Mona & Uncle Vincent (atau nama Islam dia Rafael. Cute gila nama Islam macam ni).



Kenyang.



Tengok Daddy kita, kita dah pakai high heels pun, tinggi dia masih macam ni. SEGAKNYA LELAKI KEGEMARAN I.




Mengambil kesempatan ini untuk minta maaf kepada undangan rakan lain yang tak dapat dipenuhi :( Think of all the foooood :'( Insyallah berjumpa kita di Raya hadapan, I beraya rumah y'alls k. Dan yang beraya rumah I, terima kasih daun keladi. Seronok sungguh raya tahun ini!


Kredit gambar kepada semua kesayangan.

No comments:

Post a Comment