Menyambut Hari Raya

Hanya entri kontot untuk 'separuh hari beraya di rumah' event coverage. Dengan lafaz bismillah..

Kita makan. Hehehe taklah, dengan lafaz bismillah, kita mulakan entri ini, doa tak banyak merapu. Amin.


Wahai diari, bunyi gedegang di pintu bilik anak-anak memecah keheningan pagi Syawal tahun ini. Ayah kedengaran beriya-iya benar mengetuk pintu bagi mengejutkan sekalian anak yang tidur lambat maka bangun lambat dan hello it's 7.00 am you guys haven't Subuh yet, OPEN THE DOOR. Lol. Sesudah terjaga, mata sepet ciptaan Allah setiap satu kami digosok-gosok seperti terlupa itu adalah pagi Raya dan masih blur-blur otak tak center. Setelah tersedar, terus melompat dan beratur untuk mandi. Bukanlah bermakna tandas hanya ada dua sahaja di rumah ini, satu di dalam dan satu lagi di luar rumah maka semua beratur untuk mandi di tandas dalam. Tetapi memang menjadi kebiasaan adik-beradik kami menggunakan hak milik orang lain, jadinya tandas ibu bapa yang berbau wangi dan penuh dengan produk adalah pilihan hati dan sanubari.


Baju raya siap digosok telah bersusun di tepi papan seterika. Ironing board papan seterika kan? Ke meja seterika? Yang penting di situlah tempat tersusunnya ia malas nak cari translation ironing board. Sementara adik-adik kecil duduk melangut menunggu bilik air ibu bapa kosong, saya dan kakak sudah siap berwangi-wangian. Sementelaah itu, Ibu dan bibik di dapur sedang sibuk menyiapkan juadah terakhir, lodeh enak lemak berkrim disukai Hamis. Maaf kerana sungguh tiba-tiba memasukkan watak bibik tanpa pemberitahuan awal. Tapi anda patut dah boleh jangka sewaktu terserempak dengan ayat 'baju raya siap digosok bersusun di tepi papan seterika'. Kerana tanpa watak bibik, takde makna nak susun baju raya lepas gosok macam susun kat butik, sendiri nak pakai sendiri gosok, lepas gosok terus bawak masuk bilik, mandi siap. Tahun ini sungguh terasa kelainannya. Hahahaha. Okay berhenti gelak sekarang.


Hamis hanya mampu melihat kesibukan Ibu dan bibik kerana tak menang tangan dia mencedok ayam merah dan rendang untuk dijamah. Ketupat dipotong dua biji buat makan adik-adik sebelum ke Masjid. Semuanya bergerak laju mengejar masa. Hamis duduk di kerusi meja makan yang dekat dengan tangga sambil semangkuk besar berisi juadah berat Hari Raya di tangan. Siapa yang lalu bakal disuap. Yang paling banyak kali singgah untuk disuap pastilah Imran. Khairi yang sibuk menyusun kuih raya di dalam balang, dikunjungi kakaknya Hamis sekali sekala dan disua makanan ke mulut. Afdal kan makan sebelum solat Raya? Alisya dan Hafiiz berselang-seli mengunjungiku manakala Kekna awal-awal dah setel makan sebelum mandi lagi. Daddy menolak pelawaan untuk disuap, cover macho barangkali, mentang-mentang sudah siap bersampin bersongkok.



Kami pun tuju destinasi beramai-ramai. Walaupun belum puas makan, yang penting perut sudah teralas untuk menunaikan solat 2rakaat itu. 2rakaat je, ngada-ngada nak alas perut segala. Khutbah Raya tahun ini sedikit garang, takdelah saya cebik-cebik muka nak nangis macam tahun lepas *malu*. Adik-adik kelihatan teruja untuk pulang ke pangkuan juadah Raya.



Teruja. Setelah bersalaman bermaafan berpelukan berkasihan bersayangan berberi berduit berayaan, kami terlupa untuk mengambil family potrait -_-.



Juadah wajib setiap Raya, ketupat nasi, ayam merah, rendang daging, lodeh, kuah kacang semua hasil air tangan ibu. Gambar ini tak lengkap tanpa..



Model sekalian. TENGOK MUKA SORANG-SORANG POSING MACAM CATALOG SAMSUNG RAYA AIDILFITRI.



Sekian, begitulah separuh Hari Raya pertama saya, di waktu petang sibuk pula menerima tetamu. Bakal saya taip pula pengalaman beraya di rumah sekalian rakan taulan.

Selamat Hari Raya!
Raya molek-molek!

No comments:

Post a Comment