Bunkface di atas pentas.
Marlisa Halidi nama diberi. Pada mulanya cuaca hujan maka semua kebasahan dan kesejukan. Kami diberi baju hujan lutsinar a.k.a beg plastik bentuk baju ada hood. Saya lebih suka masa hujan kerana sejuk dan semua di sekeliling tiada bau badan. Bayangkan waktu hujan dah reda. Bayangkan sekarang. Sekarang.
Tokio Hotel merupakan sebuah band dari German yang sungguh hebat persembahannya. Walaupun tidak tahu satu lagu mereka pun saya tetap teruja, mereka sungguh bertenaga. Marlisa peminat nombor 1 mereka juga sungguh bertenaga. Sungguh bertenaga mengajak saya melompat sama. Sungguh bertenaga.
Kami pergi sekumpulan bersama teman Marlisa yang lain tetapi gambar-gambar yang ditangkap mereka tidak sampai kepada saya maka terimalah kualiti talipon bimbit masuk air.
Waktu untuk nobadi nobadi batchu telah tiba. Setiap seorang daripada mereka keluar dari sangkar burung yang besar. Seronok juga ya konsert pertama saya. Waktu mereka menyanyi lagu selain daripada lagu Nobody, saya lihat sekeliling tiada siapa cuba-cuba untuk menggerakkan mulut bersama. Baguslah kalau begitu, tiada guna berpura-pura.
Kegemaran bersama, Katy Perry. Dengan prop couch Banana Split. Setiap satu artis bawa props masing-masing sungguh comel. Tokio Hotel tadi bawa motor besar, lupa nak habaq. Katy Perry bubbly comel sangat, nyanyi pun beriya-iya.
Konsert diakhiri meriah dengan bola besar di lepaskan ke penonton dan mercun bunga di letupkan ke udara. Adakah semua konsert seseronok ini? Saya tidak sabar untuk konsert seterusnya iaitu KONSERT PARAMORE OMG OMG OMG.
“Tune Talk Mobile Prepaid Presents Paramore Live in Kuala Lumpur”
Tiket RM358 untuk Rock Zone free standing dan RM268, RM168 & RM98 setiap satu untuk Free Seating. Pintu bakal dibuka dari 7.00pm & show starts at 8.30pm. Baca sendiri kat sini, www.rockthisjoint.com.my .
Dapatkan tiket online dari AirAsiaRedTix di www.airasiaredtix.com and TicketPro at www.ticketpro.com.my , atau dari kaunter Rock Corner and TicketPro outlets.
Ada ke yang tak kenal Paramore? Siapa tak kenal Hayley rambut merah? Sekarang band ini adalah band antara band Amerika yang paling panas. Lagu pertama saya pernah dengar dari mereka ialah lagu yang jerit-jerit tuh saya lupa nama dia. Takpe nanti dekat konsert dapat dengar lagu lama dari album Riot! dan lagu baru dari album Brand New Eyes. Yang lagu korang duk You are the only exception you are the only exception tuh Paramore punyer ler.
Saya berpeluang pergi Rock Zone free standing bersama seorang kawan (obviously nak bawa Marlisa Halidi nama diberi). Nanti saya pergi konsert ini saya update k?
No comments:
Post a Comment