Mengelakkan hamil tanpa rela


Sekarang dah tak terkejut tengok berita pembuangan bayi dalam surat khabar, berita TV, status Twitter. Malah, lagi terkejut bila satu hari tuh, takde langsung isu pembuangan bayi disuarakan/dibuat liputan. Sampai tahap tuh kroniknya masalah ni. Usaha nak tangani masalah ini berterusan tanpa putus asa. Walaupun lagi effective kalau mak bapak je yang tangan-i anak mereka. Kaki-i pun bulih. Malah kabinet buat keputusan tak siasat kes buang bayi bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak, sebaliknya mengikut Seksyen 302 dan 304, Kanun Keseksaan, boleh baca sini. Yang terbaru, Yes I Can Campaign telah bermula.



Kempen ni bukan sahaja fokus kepada kes buang anak, tapi lebih menyeluruh kepada unwanted pregnancy. Maksudnya, tertumpu kepada para wanita muda yang tidak merancang untuk hamil. Wanita sekarang ada banyak pilihan moden dalam merancang kehamilan. Mesti mahu rancang kehamilan, sebab hidup seks aktif, nak ada jurang umur antara anak, masalah kesempitan wang (nanti nak bagi anak makan apa weh kalau tak rancang), lagi sikit anak lagi senang kawal dan sebagainya. Ya, anak adalah rezeki, tapi kita dibenarkan merancang dan biar Tuhan menentukan :’)



Mari mulakan sesi pembelajaran. ADA BANYAK SANGAT METOD BOLEH GUNA, LEBIH DARI 15 METOD NAMUN LEBIH TEPERINCI DI SINI. Tapi saya akan cakap tentang dua yang paling koman, IUD & The Pill. IUD ialah letak sejenis alat berbentuk T dalam rahim untuk halang pertemuan *berudu dan *telur subur, ia untuk jangka masa panjang dan bila rasa nak mengandung kembali, jumpa doktor suruh dia keluarkan jelah.

IUD. Gambar paling decent, tahniah atas penemuan kau Hanis. Tanpa Yahoo Images, siapalah kau.


Kalau The Pill pula, ialah makan pil hormone untuk halang *telur subur daripada dikeluarkan oleh badan kita. Penggunaan The Pill memanglah efektif, sebab takde kewujudan *telur subur untuk bertemu *berudu langsung. Untuk bulan pertama sesetengah orang akan alami minor side effects macam pening kepala dan payudara bengkak. Tapi bulan-bulan seterusnya takde dah. Kebaikan guna The Pill, yang terbaru – 24/4 regimen dengan drospirenone, bukan saja halang persenyawaan (did you see that? Did you see me using Malay biological term??) seperti no water retention related symptoms contohnya weight gain, breast tenderness, bloating. Malah boleh mengurangkan masalah jerawat, kulit jadi cantik daripada selalu, dan tiada period pain atau senggugut apatah lagi mood swing.



Kembali kepada kempen ini, saya sebenarnya nak cakap pasal pertandingan yang disertakan dalam kempen Yes I Can. Teehee mukadimah pasal rancang kehamilan 3perenggan pula *shy*. Siapa rasa diri itu terel untuk mengetengahkan isu buang bayi/kehamilan tak dirancang, sila ke depan. Boleh bina kumpulan sebab nanti kena reka poster untuk support proposal korang, so kalau tak kreatif, sila jangan tamak nak bolot RM10,000 (hadiah utama) seorang diri. Maka dalam team kena ada manusia-manusia yang mampu menjayakan proposal ini dengan menulis tentang isu panas tersebut dalam 1000 patah perkataan, dan buat poster kreatif. Tulis dalam Bahasa Malaysia pun bulih.




]Kalau besar sangat tanggungjawab nak tubuh kumpulan, pergi je farmasi berdekatan buat pledge Yes I Can, dan dapatkan sticker untuk tampal kat kereta supaya boleh menang hadiah bila kena spotted. Mudah.



Bila nampak farmasi ada sign di atas, bolehlah jemput masuk.






Car Sticker letak dekat car, nama pun car sticker.




Nak tahu lebih-lebih, tanyalah tiga manusia cantik bernama Deborah Henry, Julie Woon, and Nicole Tan. Apa?! Nicole Tan?! Itu kawan kiteeeeeew!




Be a responsible young woman, make your pledge, click here.



No comments:

Post a Comment