Hanya dengan RM20.00

Selain lama tak mengarang dan merepek dan membuatkan pembaca tertanya-tanya WHY AM I HERE READING HER CRAP T_T, saya juga sudah lama tidak membuat pemberitahuan akan promosi terkini atau pertandingan atau website baru dan sebagainya. Jadi saya akan ketepikan mangkuk mi segera saya bagi menaip promosi baru khas untuk pengguna Celcom. Siapa tak guna Celcom padan muka, Celcom selalu ada promosi cenggini.


Mungkin dah terlambat untuk pemberitahuan ini kerana promosi dah pun berlangsung sejak azali lagi (18 August 2010), tapi takpe. Saya nak eksplen sebab mungkin ada pengguna Celcom yang dah dapat hadiah tapi tak tau kenapa dia dapat, ingatkan sistem Celcom salah, pastu dah teruja dah, dah happy tapi dalam happy tersemat sekelumit perasaan bersalah mengambil sesuatu yang bukan hak. Jangan risau, sebenarnya semua MMS FREE atau Vodafone V541 yang awak dapat itu memang hak awak sebab dalam seminggu awak berjaya top up RM20. Seronokkan?


Celcom baik, dia tak paksa suruh top up sekaligus RM20 baru dapat reward. Top up sikit-sikit lama-lama jadi bukit pun awak ada hak untuk dapat reward, asalkan semua mengambil tempat dalam masa seminggu. Jadi apakah reward yang saya bebelkan ini? Yang pertama kali mahu sebut ialah RM1000 tunai. Memang untung top up RM20 kemudian terima tunai RM1000. Macam letak duit dalam ASB selama 20tahun, tiba-tiba teringat balik wah dah banyak. Macam itu perasaan dia. Eh saya taktau perasaan dia sebab saya tak dapat lagi reward itu, kalau awak dah dapat sila bagitau betul tak perasaan yang saya teka tadi.


Ada juga hadiah comel seperti 3000 MMS dalam masa sehari. Jenuh kau nak menghabiskan sampai 3000 kalau dapat reward ini. Eh tak, kau tak jenuh, orang yang nak melayan MMS kau yang jenuh. Lagi-lagi hantar gambar paparazi, gambar tak perasan, konon-konon candid. Eh macam best pula, harus menang ini.


Hadiah lain yang malas nak elaborate akan saya copy paste nah,

Vodafone V541 mobile phone
(limited to 100 customers)


Free Friends & Family SMS/Voice on-net
(validity from 1 Day to 7 Days)


Free AirCash RM5


Free Mobile Internet for 1 Day


Free Airtime from RM1 to RM15
(valid for 1 Day)


Free Minutes to Celcom network
(from 5mins to 60mins, valid for 1 Day)


Free Call Me Tones
(for 1 month)


Free MMS
(from 20 to 3000, valid for 1 Day)


Free SMS to Celcom network
(from 20 to 3000, valid for 1 Day)



Kenapa masih ingin membebel tentang ini? KERANA OFFER VALID SAMPAI 10 OKTOBER. Dan Celcom gerenti (English dia, guarantee), setiap manusia yang mereload RM20 dalam seminggu, memang akan dapat salah satu reward. Dan reward kamu adalah berlainan setiap minggu. Jadi agak-agak dah dapat banyak reward tapi nak aim talipon Vodafone, top up lah lagi LOL.

No comments:

Post a Comment