Bibir Lembap

Budak perempuan semua mengalami masalah sama. Tak sabar nak dewasa nak pakai make up, nak pakai high heels, nak melawa. Selalunya budak perempuan range nak masuk sekolah menengah, sampai yang dah masuk sekolah menengah atas yang lalui perkara ni. I guess it’s normal, sebab masa dulu I pun begitu. Zaman muda-muda dulu teringin ada meja make up. Sebab beli mainan alatan make up dekat kedai runcit mana-mana. Pastu ada hairdryer kecil warna pink tau, ada tempat letak bateri. Sukalah kan bila ada tempat letak bateri, nanti boleh ON keringkan rambut konon-konon. Rupanya bateri itu untuk lampu lip lap dia je. Bongok betul, I nak hairdryer bukan lampu lip lap bentuk pengering rambut. Yelah tapi harga RM17.00 punya mainan what do you expect, naïf. Lepas tuh meja mekap buat sendiri. Ambil dua tin biskut, buat sebagai kaki meja, dan guna papan Monopoly sebagai mejanya. Monopoly ke Saidina, ah tak penting. But you get me. Kesian kan? Mak taknak layan anak gedik. Sebab baru darjah satu masa tuh wahahaha.



Cuba teka apa langkah seterusnya. Mesti ramai perempuan buat ini juga, cepat ngaku. Iaitu kumpul duit bekal sekolah untuk pergi farmasi dan beli lip balm yang stick, so nanti boleh pergi tandas, buat-buat pakai lip balm. Walaupun bibir tak kering. It’s the act of putting on something on your face that matters. Comel kan?



Tapi dalam kes saya, memang bibir kering. Kering sampai mengelupas macam duduk dekat Nottingham masa winter ke apa. Sebelum ada lip balm, sentiasa jilat/hisap bibir untuk lembabkan dia. Pastu kena marah sebab kalau buat macam tu dia lagi kering. Lalu dengar cakap dan tidak jilat/hisap bibir lagi. Tetapi beli lip balm!



Lip balm pertama dalam kronologi hidup ialah LipIce, siapa sama cepat sep sikit *high five*.


Ingat tak gambar ni? Masa muda pakai LipIce (harga berpatutan, mampu beli).


Kalau nak keluar rumah mesti make sure bawa lip balm, tiada lagi bibir kering dan bersektor-sektor macam pelan perumahan. Merah jambu dan lembab, bibir idaman! Dulu macam satu geng pakai LipIce, sebelum futsal sapu LipIce. Sungguh girlish. Membesar dengan LipIce kot, kalau suka LipIce juga, boleh like fan page dia jugak kat sini. Buat masa sekarang ada contest Magic Happens with LipIce going on boleh menang iPhone, Toshiba Mini Notebook, iPod Touch, etc. Can check it out at the site .



LIPICE Fruity sekarang ada 5 perasa buah-buahan: strawberry, lemon, apple, mandarin orange and grape blackcurrant. Bau-bauan juga adalah bau buah.



Gambar goli den: Hanya lipbalm. Umur meningkat dewasa pun harus pakai lip balm juga, untuk protect bibir dari kekeringan dan sinaran UV terik mentari.


No comments:

Post a Comment