Nestle 100 Years


Wah! Tahun ini, Nestle cecah 100 tahun bersama dengan kita! Eh kita? 100 tahun bersama awak kot. Dia bersama dengan saya baru 21 tahun. Ya, sejak saya bayi. Hewhewhew.

Sempena birthday Nestle yang ke-100, berasa terpanggil untuk ceritakan kisah Nestleku. Mari ikuti journey peminuman Hamis Jalikha. Journey peminuman?! Wow anda pasti teruja!

Salah satu Nestle product yang patut diketengahkan pada hari ini sebab sudah berjasa seawal umurku 3tahun lagi ialah Milo. Masa kecil, Milo adalah minuman tidurku. Orang ada bedtime story, bantal busuk, well me… I have minuman tidur. Jadi semua maid yang pernah digaji akan diajar cara buat Milo paling nikmat. Mula-mula minum dari botol susu biasa. Masuk umur 4tahun, minum dari bekas yang ada 4 lubang dimuncungnya.

Masuk sekolah rendah, benda yang paling exciting sekali bila ada kunjungan dari orang luar. Ada yang jual dadih dan susu kambing pastu kena isi borang nak beli berapa, esok bawa duit(lepas pujuk mak) and bagi borang tuh. Ada yang jual buku cerita kanak-kanak, masa rehat boleh pergi tengok! Paling best bila truck Milo datang sekolah, sebab nanti setiap kelas akan turun ikut turutan (takyah tunggu rehat), dapat skip masa belajar! LOL. Nanti waktu tunggu, tengok je dari tingkap kelas diorang tengah set up lori dengan banner semua, then tengok kelas lain dah beratur dulu lalu berasa jealous walhal semua orang sudah tahu bagaimanakah rasanya Milo.

Masuk sekolah menengah dah pandai lepak-lepak mamak lepas tuisyen/futsal. Order Milo ais! The best drink ever kot, lagi-lagi lepas penat perah otak or beraksi di padang. Pergh bayangkan Milo ais lalu tekak anda sekarang, wehhhhh :’) And then zaman Milo Dinosaur datang. Also known as Milo Tabur, di mana tak cukup dengan Milo yang dibancuh, kau mintak Mamak tuh tabor lagi serbuk Milo atas your drink. Keseronokan Berganda.

Apabila masuk alam university, tiba-tiba buang tebiat mengidam Milo dalam botol muncung masa umur 4tahun dulu tuhhhhhh. Terus bersama geng Club 10 menuju ke Bilion Segamat dan…


Ada ke orang bergambar bagai dalam Bilion Segamat T_T

Sepulangnya daku ke bilik hostel, terus bancuh dan minum senyap-senyap bawah selimut sampai tertidur. Hahahah Hawa my roommate do you remember this?!

Jadi… nampak tak betapa besarnya impak Nestle dalam hidupku?! Jom emotional with me and watch this amazing video.



Share your Nestle stories with the rest of us dekat website Nestle yang smart habis layoutnya! Ikuti timeline Nestle and baca tweets #Nestle100 as well as stories lain yang disubmit. Seronok go down memory lane.


Nestle akan mengumumkan pemenang bulanan mereka setiap bulan sehingga bulan November, jadi jangan lupa untuk menghantar kenangan bersama Nestle anda. Siapa tahu, anda mungkin menjadi pemenang yang bakal memenangi hadiah wang tunai yang lumayan daripada Nestle!



Selamat Hari Jadi Nestle! You’re old! Let’s grow old together. :) 

No comments:

Post a Comment