Memberku Hawa dalam realiti!


Waaaaah tengok tak episode 6 Memberku Hawa? Tengok? Ala malu I. Hewhewhew.

Puan Fiona dah mengamuk dekat Tish (that’s me, nama boleh gedik lagi tak), Kay (Nad Zainal) and Nowa (nama manja, Nora dimainkan si Cristine Suzzane). Kecut perut kami bila singa dah mengaum. Okay, twit chop kejap! Scene kena marah kat office nih, kitorang bertiga banyak kali ada scene macam nih tau. Tiga-tiga berdepan dengan Puan Fiona kena bambu sebab semua naughty, lagi-lagi Tish yang annoying ituewww.

Pastu satu hari nih, nih nak cerita pasal on set shooting tau… Kitorang buat scene kat office (Ara Damansara), then habis awal. Next scene dekat Pablika, alaaa yang dekat Hartamas tuuuh. So biasanya konvoi ramai-ramai dengan production crew, walaupun lembeb macam konvoi anak-anak itik pulang petang; sebab yang depan sekali mesti lori besor isi camera atau van besor isi baju, dan yang belakang-belakang mesti kereta para pelakon yang taktau jalan (tapi ada Smart Tag so lepas tol brenti tepi tunggu mak itik). Tapi, kali ini kami confident tahu jalan! Sebab nombor satu, Crissie (Zahlia Bicara Hati LOL) dia dah pernah pergi Pablika sekali (walaupun sekali jer, mestilah familiar2 kenz). Nombor dua, Crissie ada GPS. Nombor tiga, kita haruslah confident dengan diri kita kerana itulah yang dipupuk oleh Kotex kepada kami.

Jadi kami bertiga pun konvoi bersama sebab malas nak tunggu production crew kemas barang, and Nad Zainal penagih Chatime tegar kata, kalau sampai awal boleh lepak minum Chatime dulu. Maka off we go, dua kereta! Kereta yang ada GPS dan pernah pergi Pablika sekali tuh, sila berada di depan. Confident… terima kasih Kotex atas keyakinan diri ini!

Pukul 5 lebih kami bergerak, memang time paling seronok untuk berada atas jalan raya :’) Jammed gila  and I nak ambil NKVE tapi Crissie terus jerrr OMG adakah dia mengambil Federal Highway? Ya! Okay then drive-drive sambil usha-usha each other kat rear-view mirror angkat-angkat kening, ku piker dia ingat jalan! Ku piker GPSnya sedang membantu! So biar jelah, layankan traffic jam…

Tiba-tiba kitorang cam kat Kelana Jaya 0.o
Tiba-tiba kitorang kat Penchala Link.
Tiba-tiba kitorang drive through terowong.

Masa masuk jer terowong baru ku sedar, eh diorang nih taktau jalan nih. (Paham tak, lambat gila nak sedar? Dah dibawa pusing Kelana Jaya bagai, masuk terowong baru nak sedar yang kereta depan menggagau sebenarnya LOL. Paling best, phone dah habis battery pun. BBM tadi tuh adalah mesej terakhirku).

Jadi dahku overtake and stop tepi highway. Masa tuh dah dalam pukul 6 lebih nak dekat pukul tujuh. Keluar kereta tanya, ”weh asal nih?” Crissie pun cam “Weh GPS aku gilaaa!  And aku tak ingat langsung pun nak gi tempat tuh! LOL”. HAHAHAHA SABAR JELAH. Dan rupanya throughout our journey, production dah berapa kali call diorang dah tanya kat mana. Sebab outdoor shoot and kena kejarkan masa untuk daylight. Phew nasib baik phone I mati. Eh? :B


Last resort, kitorang tunggu kat Hartamas Square tuh suruh one of the production team datang (Kelly). Masa tunggu tuh, berkumpul dalam satu kereta, sembang. Sembang tentang kecuakan masing-masing. Cam aduh aduh aduh matilah kena marah. Mesti Umi (director) and Pikky (Asst Director) bengang ngan kiter. Mesti semua orang benci kiter. Mesti satu production team tengah cursing kiter.


Suddenly it hits us. I am Tish. Nad is Kay. Crissie is Nora. And we are about to go inside Puan Fiona’s office. The production team is the furious Puan Fiona. Pergh, jadi reality rupanya watak-watak kami. Dah boleh buat reality show dah. Keepin Up With The Itiks. Itik-itik ini dah gigit kuku, muka innocent gila. Waktu Kelly sampai, semua itik buat muka baik. 


Dalam kereta on the way to Pablika, masing-masing perlahan-lahan gained confidence! People make mistakes! Itik does too (tiba-tiba). Kalau kita yakin dengan apa kita buat, dan minta maaf bila lakukan kesilapan, orang pasti tak marah sangat! That’s the spirit!


Tiba Pablika pukul 8malam. Hohoho takpe-takpe muka confident. Sampai set minta maaf semua orang. Buat muka itik sambil minta maaf. Outdoor shoot ditukar jadi indoor shoot.  Nad and Crissie buat scene diorang dulu, I dijamu makan. They are so nice to us! Diorang takkan bagi emosi kitorang terganggu takut affect performance on camera :’) I love Redcom. And Kotex.


Gambar Hiasan.

Anyway back to the show yang perenggan pertama tadi (Hanis kalau melencong cerita memang lama). Puan Fiona dah set, kalau asyik gaduh-gaduh Tish dengan Kay, apa kata Tish cari kerja sendiri and handle schedule sendiri. Kay carikan Nora kerja and handle schedule Nora. Siapa dapat paling banyak bookings in a month, dia menang! Yes! Tish confident akan menang, dia top model Malaysia! Kay pun confident boleh menang, she’s efficient! Dua-dua confident, no compromise!

Kalau nak tahu siapa menang challenge ini, tune in to Kotex Memberku Hawa, TV3 every Sunday, 10.30pm!

Kalau nak dapat keyakinan macam kami, pakailah Kotex Proactive Guard! Tuala wanita pertama dengan teknologi benteng naik sendiri apabila terkena cecair! Dah tengok iklan dia? Gempak gilo benteng naik sendiri. Kalau tak percaya, boleh mintak sample kat website dia untuk merasai keselesaannya dan garenti bagi perlindungan dari kebocoran. Orang puteh kata sharing is caring J.




Para pelakon Memberku Hawa dapat stock Kotex banyak gila woohoo seronok. Yang korang-korang nih (sombong sejak dah berlakon sekarang) bolehlah beli Kotex Proactive Guard bermula dari RM2.99 sahajaaa!

Satu lagi Hanis nak ajak korang - Join pertandingan bergambar ‘No Compromise’ dekat Kotex FB. Hadiah dia make over atas bawah bernilai USD1000! Pewit! Usha app photo contest ini dekat (http://www.facebook.com/iknowmovement)

Dan sertai topik diskusi (hal-hal wanita dalam Memberku Hawa) di Kotex website! Setiap minggu topic berlainan! Dekat website itu juga boleh chat , download wallpaper dan masuk pertandingan Memberku Hawa! Siapa yang ikuti memang boleh menang sebab soalan dia semua pasal cerita tuh. Like… Soalan Minggu 4: Apakah kelemahan Nora? a) Tiada keyakinan diri b) Suka mengarah c) Sombong . Ek eleh senang gila, bak sini hadiah iphone 4s tuh sekarang.

Yang berjaya jawab semua betul untuk soalan mingguan dapat chance menang iPhone 4s, yang weekly prizes pula dapat Kotex merchandise.

So nak tak? Jom www.kotex.com.my !


No comments:

Post a Comment