I am really bad with birth dates. Ask any of my close friends, siapa je yang tak pernah terasa with me forgetting their special day. Now sampai satu tahap diorang pun dah lali dengan kelalaianku. Maka bila I jujur ingat birthday diorang, diorang betul-betul terkejut. Macam dah tak payah throw surprise party and bagi hadiah kat diorang dah, sebab memang diorang terkejut terharu sangatlah phew (alasan).
And then one day I was talking to Meor about our overseas trips. Sembang punya sembang, I couldn't remember exactly when did I land my ass in Frankfurt. Pastu Meor kata "Kan end of last year, yang you celebrate New Year on the plane sorang-sorang masa on the way back to Malaysia tuh". Wow. Wow? Wow! Either Meor has a really good memory, or he is a damn good stalker of mine LOLOLOLOL. Point is, benda memorable camtuh pun I tak ingat dia punya position in timeline hidup. Like antara pergi Jakarta, kucing I beranak dan concert Maroon 5... I takkan boleh nak susun ikut turutan which one happened first. What is my problem?
Smartphone. My own memory capacity has been replaced by a small nail-sized memory card.
Smartphone tolong ingatkan kita akan birthday seseorang,
tapi dia tak tolong kita ingat.
tapi dia tak tolong kita ingat.
Smartphone tolong hafalkan kita akan nombor talipon dan email seseorang,
tapi dia tak tolong kita hafal.
tapi dia tak tolong kita hafal.
Smartphone pesan-pesan appointments dan meetings kita,
smartphone simpan semua email/username dan passwords untuk setiap social networks kita,
smartphone siap ingatkan muka kawan kita sendiri (contact image),
smartphone betulkan ejaan kita sampai bila-bila,
smartphone tolong bawa kita ke satu-satu lokasi tanpa kita perlu hafal landmark/signboards mana-mana!
smartphone simpan semua email/username dan passwords untuk setiap social networks kita,
smartphone siap ingatkan muka kawan kita sendiri (contact image),
smartphone betulkan ejaan kita sampai bila-bila,
smartphone tolong bawa kita ke satu-satu lokasi tanpa kita perlu hafal landmark/signboards mana-mana!
Paling teruk, kalau taktau maksud satu-satu perkataan, terus je guna app Dictionary.com dan walah! Siap ada cara nak pronounce sekali. Terlalu senang. Kalau the next time, I don't remember it (which is most likely because everything is at my fingertip so why do I even bother to memorize) I can just use the app! Tak macam dulu... apabila terpaksa menggunakan memori otak sebab dah bersusah-payah selak-selak kamus tebal bagak untuk cari perkataan mengikut susunan abjad, sesudah itu tidak mahu mengulangi perlakuan tu lagi maka mengerah diri untuk menghafal maknanya sekaligus mengingatinya sehingga ke akhir hayat.
Antara keupayaan memori Hamis Jalikha (19tahun) dan keupayaan memori my Daddy (54tahun), memang I kalah tanpa bertanding tak sempat tampal poster kat tiang letrik untuk suruh korang undi pun T_T
Daddy, he is amazing. He remembers EVERYTHING. Semua family members punya phone numbers. My mom punya nombor I/C lama dan nombor I/C baru. My account number (selalu Daddy yang masukkan cheques), my mom's account numbers... dan banyak lagi tapi ini jer yang I ingat (geddit? INI jer contoh yang I INGAT, omg). Kalau I hilang barang apa-apa kemudian dah geledah satu rumah... dan dalam rumah itu si Khairi tengah tengok TV, si Imran tengah mengadap laptop, Mama tengah masak, Alisya tengah berangan, Kekna dalam bilik dia, Hafiiz tengah menari... I would still ask my Daddy first walaupun he is out at work. No point asking orang lain... Daddy will remember the last time he saw ANYTHING.
Hamis Jalikha (19tahun): "Hello, Daddy! Nampak tak pendrive yang bucu dia ada warna hijau?"
Daddy (54tahun, 1065739 terabyte): "Ada kat laci nombor dua almari depan pintu masuk"
Saya pasti memang generasi ibuk-ibuk bapak-bapak kita, memang kuat ingatannya. Generasi yang kena hafal nombor talipon untuk didial di public phone atau hafal which number belongs to whom supaya kita boleh decide nak call ke tak dia bila appear kat pager. Generasi yang kena hafal bangunan tepi-tepi sebagai landmark menuju ke suatu kawasan. Generasi yang kena ingat sendiri, cerita yang nak tengok kat TV tuh nanti pukul berapa. Generasi yang kena ingat nak koyakkan calendar setiap pagi.
Macam manalah tak kuat memori diorang. Kelebihan memori dan akal yang Allah bagi diguna secukupnya.
Jadi kita? Nak teruskan lagi tak tangkap gambar tiang parking lot tempat kita letak kereta?
Parah.
No comments:
Post a Comment