Kronologi Pengetahuan Memasak Hanis Zalikha
Masa tadika, of course tahu makan je. Dan tahu complain. Balik rumah dari Tadika Impian terus bebel kat emak, "Ma, tadikan diorang bagi makan biskut cicah sirap je ma, at least buatlah air Milo" T_T. Masuk sekolah rendah, kegawatan ekonomi zaman Mahathir memaksa kedua ibu bapa bekerja. Jadi survival skill anak-anak di rumah di tahap yang tinggi, apabila harus mendalami skill memasak nasi goreng nak bagi adik-adik makan. Bila Kekna dah pandai, dia ajar saya pula. Supaya senang nak take over kerja dia -_-
Sampai masuk sekolah menengah still cuma tahu masak nasi goreng. Susah jugak. Mak tengok pun risau, siapalah nak kahwin ngan anak aku, lelaki suka makan nasik goreng je sanggup. Setiap kali dia masak, dia membebel MACAM MANA JADI ANAK DARA NIH KALAU TAKTAU MASAK YADA YADA (part yada yada tuh semua part yang dah keluar telinga kiri).
Bila dah habis sekolah menengah (sekarang) baru ada sikit minat masak, tapi mak dah tak bagi masuk dapur. Sebab dia kata suka buat kecah (sepah). Well, dah kata nak jadi Master Chef, I kenalah masak baling-baling bahan, api tinggi-tinggi, kuali lambung-lambung.
Jadi bila dihalang-halang dari memasak terpaksa cari cara lain which is kalau nak belajar masak apa-apa memang kena cakap awal-awal sebelum Mama start masak. Tengok dia dah sibuk kat dapur kena cepat-cepat "Ma apa kata hari ni Hanis yang masak, Mama buat benda lain pastu jawab-jawab soalan Hanis je". Dia setuju.
Mesti korang hairan asal tiba-tiba mama dah tak kisah anak perempuan dia tak pandai masak kan? Dulu punyalah bingit kalau anak tak masuk dapur. Lemme tell you why.. Sebab Mama tengok ramai je kawan dia yang tak reti masak langsung, zero skill dan semua perempuan macam tuh Allah jodohkan dengan lelaki pandai masak. Maka dia dah tak ambil pusing kalau anak dia pun tak pandai masak sebab opposite attracts, syok dapat menantu lelaki pandai masak. Kah kah kah!
Please dong Ma...
Nasi Lemak tanpa kacang for brunch. Saya tengah masak pastu perasan takde kacang tanah, jadi suruhlah Mama or Daddy tolong belikan sekejap. Tup tup dah selesai masak, saya call diorang "Hello mana kacang tanah?" hanya untuk mendengar jawapan "Oh Mama dengan Daddy kat IKEA ni" SABAR JELAH.
Little brothers tambah banyak kali sebab diorang ingat ni sambal Melaka. Padahal hanyalah sambal Nasi Lemak yang likat dan enak. Nak gak tambah 'enak'.
Skill potong telur rebus bukanlah ukuran kesedapan.
Hafiiz prepared a jug of lemonade for us! Thanks sayang.
--------------------------------
Sabtu lepas Kekna dengan boyfriend dia nak keluar bawa adik-adik tengok wayang. Sukati dia tiba-tiba, "Hanis masak breakfast, kitorang nak keluar" Kesian dahlah tak berjoli sekali, pastu kena kerah buat breakfast untuk diorang LOL.
Catuan makanan untuk keluarga anak enam.
I prepared Nasi Goreng, Kekna goreng drummet dan sausages. Ha, seb baek lepas dah siap breakfast semua Kekna tergerak hati nak ajak I sekali. Buat hal betul.
-------------------------------------
Ini pula masa Mama tengah sibuk, dapatlah kiter masak yeay. Bahan-bahannya puan-puan..
Ya emak memang betul. Dapur memang serabai selepas menyediakan Peria Goreng, Daging Dendeng dan Sambal Paru.
Pencapaian hidup :')
Eleh kecoh gila baru masak-masak macam ni. Cuba buat Keindahan Tiga Tingkat tengokkk?! Hahaha okay resepi lauk-pauk mudah semua dari tak lain tak bukan, Surirumah Hebakk.
No comments:
Post a Comment