Cinta Tanpa Restu

Saya akan membahasakan diri sebagai 'aku' dalam entri ini. Sebab kalau guna 'saya' untuk bercakap tentang cinta, macam skema ah. Macam tak feel. Macam kau diam sekarang budak nerd. Baiklah.


Aku nak throw korang dalam satu situasi, dan di penghujung nanti korang pilih jalan yang terbaik untuk diri korang. Sebab cinta ialah sesuatu yang semua orang boleh relate to (walaupun yang tak pernah bercinta, tapi kalau dah tengok Cinta Kirana kira dah cukup retilah cinta tuh macam mana). Manakala cinta tanpa restu pula, ramai yang lalui tapi tak semua orang paham situasi dia. Kalau berlaku kat diri dan nak mengadu kat orang pun orang cuma boleh kata "ALAH KAU DENGAR JE AH CAKAP MAK BAPAK KAU". Tak pun, "weh kau kahwin je kat Thailand, pastu balik mak bapak kau dah tak boleh cakap apa". Memang tak boleh pakai punya nasihat.


Begini. Kau finally jumpa satu jiwa yang ngam dengan kau. Kau finally boleh cinta seorang manusia dalam-dalam. Kau finally dapat angkat seseorang dengan begitu tinggi. Kau finally dapat rendahkan ego kau serendah-rendahnya, hanya demi this one bloody man because your heart tells you yes yes YES HE IS THE ONE.


Tapi parents kau simply don't feel the same way *bunyi guruh*.


Selalunya sebab a) Parents kau tak berkenan. b) Parents kau tak bersedia anak dia nak ditukar tangan. c) Parents kau dah ada calon untuk kau. d) Parents kau dah ada 2 calon untuk kau.


Untuk pilihan A. Biasanya mak pak akan claim diorang dah makan garam dulu. Diorang tengok sekali je dah tau boleh buat laki atau boleh buat bini ke tak. Susah nak bantah sebab firasat orang tua selalu betul. (Dan kalau tak betul pun, bila ada masalah sikit dalam hubungan, mulalah guna benda tuh sebagai alasan against each other: My parents dah agak dah you haprak, asal lah I tak dengar cakap diorang *nangis*) Which is unhealthy for your relationship. Tapi kena juga bantah sebab judgment melulu oleh parents kau itu juga unhealthy. Kita kan kena bersangka baik.


Ada parents yang awalnya dah berkenan then lama-lama tak berkenan. Ini lagi parah dari early rejection oleh judgmental parents sebab bila dah ada acceptance in the beginning, hope jadi lagi tinggi. Pikir secara rasional, at least parents ambil masa to get to know your partner and bila diorang tak suka, kira ada solid ground. Kira kukuhlah pertimbangan mereka, jadi jangan emo. Pikir langkah seterusnya elok-elok.


Untuk pilihan B. Parents yang tak bersedia nak serahkan anak dia kat orang lain biasanya melambatkan jodoh anak, according to ceramah comel Dr. Mashitah dengan Dato Fadhilah Kamsah (ini betul, tak main-main macam selalu LOL). Sebab Tuhan tahu niat kita, jadi kita macam menolak jodoh anak sebab kita sendiri yang tak ready. Kalau terjadi kat korang the best way is to doa pada Tuhan minta dia bukakan pintu hati ibubapa. Tapi kalau dia taknak juga? Payah.. payah..


Untuk pilihan di mana parents dah ada calon atau calons untuk kau, pergh nangis air mata darah pun memang susahlah nak ubah. Pelamin anganku musnahlah bagi pasangan kau. Sebab calon-calon pilihan ibubapa nih semua biasanya lagi bagus dari semua segi kalau nak dibandingkan dengan pasangan kau. Sebab tuh parents kau berkeras, DENGAR CAKAP MAK KALAU NAK BAHAGIA. Tapi kalau kau dah cinta & hati kau dah buat pilihan, offerlah Remy Ishak, Fahrin Ahmad, Khairul Fahmi (dan dan..) sekalipun. Takleh go gak. Hati kata aku nak kahwin dengan orang yang aku cinta sahaja.


So how?





Taknak.



Taknaklahh.



Nak ke tak, nak ke tak? KAN ORANG DAH KATA TAKNAKKK!




Itulah kalau dah cinta ... -_-

No comments:

Post a Comment