Bagaimana Nak Jadikan Belog Sebagai Phone App

Hari ini, anda bakal belajar cara untuk membuat duit. Selepas Kelas Membina Phone Application bersama Hanis ini, anda pasti mampu jana wang secara langsung mahupun tidak langsung.


Siapa tahu apa itu phone application? Phone application, atau secara ringkas dan rangginya, ‘phone app’, ialah aplikasi dalam talipon bimbit. Ya, yang dalam menu ada icon kecil-kecil itu semua phone apps lah. Camera, Music Player, Browser semua itu phone apps ya.



Sekarang anda mahu tak buat belog anda jadi phone apps yang orang boleh download? Kalau nak charge pun boleh, nak buat jadi free apps pun boleh. Either way anda still boleh jana wang *angkat-angkat kening*. Sebagai maklumat tambahan, global mobile app economy adalah dianggarkan bernilai $17.5 billion pada tahun 2012. Guyz, thiz iz zeriouz businezz.



Selamba takyah ajar pun boleh sebenarnya sebab Nokia Ovi dah make it as simple as possible. Kalau agak-agak tak buta IT, terus je pergi website Nokia OVI dan terus jadikan belog anda sebagai satu phone app. Kalau agak-agak Stevie Wonder sungguh dalam alam siber ini, teruskan membaca I ajaq satu-persatu.





Langkah 1
Mula-mula sign up dekat website Nokia Ovi. Kemudian tekan Build New Application. Dia akan membawa anda ke sini.

Isikan RSS Fee belog anda dalam tempat kosong itu. Kalau tatau nak cari RSS feed belog anda, saya akan ajar di hujung entri k. Bucuk bucuk dier.



Langkah 2
Bila sudah upload RSS feed, dia akan bagi kita tengok rupa application kita kat phone screen itu. Cute!




That’s Belog Hanis Zalikha app ! You see beberapa space lagi untuk letak link RSS feed kan? Boleh letak belog lain (kepunyaan anda juga) atau Twitter feed atau any other website feed of yours! Perfect untuk orang yang ada banyak blogs dan social media sites.



Langkah 3
Dah siap, sila tekan next step lalu kini anda sudah boleh set icon/logo serta set banner untuk phone app anda. Set warna background pun boleh.


Di sini juga anda bakal choose bahasa untuk phone app anda. Kalau pilih English, bolehlah phone app anda pergi ke international marketplace. Kalau letak Melayu, hanya pergi ke Malaysia, Brunei dan Singapura.



Langkah 4
Siap semua, tekan next step untuk pilih advertising option. Tak letak pun takpe. Kalau nak letak kena sign up dengan the advertising agency tapi sebab mereka bukan local agency (unavailable yet), boleh skip step ini. Nokia still working out to find local ad agency, better get ready.





Langkah 5
Last step ialah to market your phone app in 2-3 sentences. Kemudian letak keywords supaya orang boleh tahu what your app is all about sebelum mereka download. Inilah masa untuk promote phone app anda gila-gila.



Tengah pum pam pum pam jual minyak sampai tak cukup characters.



Dah siap boleh submit untuk approval! Nanti once approved, dia akan bagi satu link for your apps (apart from putting your app up in the marketplace) dan anda boleh sebarkan link itu kepada semua orang .

My application! Will soon give you the link to download :)



That is all! Senang macam Air Batu Campur. Kenapa saya kata boleh jana wang? Secara directly of courselah kalau anda charge fees untuk app download atau letak advertisement dekat app anda. Indirectly, anda boleh jana wang dengan membuat belog jadi lebih terkenal once it’s out there in the marketplace.




Sekarang untuk yang tak reti cari RSS Feed: Bagaimana mendapatkan RSS feed untuk sesuatu website. 1) Hanya pergi website anda dan cari logo RSS feed. 2) Tekan, dan ambil link window yang baru terbuka itu. That's your RSS feed.


Itu sahaja, harap anda akan jadikan hari ini satu Khamis yang produktif! Mulakan dengan bina phone app untuk belog anda di sini. Muahx!

No comments:

Post a Comment