Patutkah bagi tajuk Hanis Zalikha Boyfriend? Okay dah tak lawak.
Bercintan-cintun bagai sepasang monyet memanglah tidak digalakkan dalam keluarga saya. Waktu sekolah rendah dan waktu sekolah menengah, siapa yang bercinta memanglah dilabel gedik maksima. Ibu bapa memang tidak suka budaya cinta zaman sekolah walaupun sejarahnya tidak dapat disangkal bahawa bapa adalah playboy yang mengorat cikgu sendiri, manakala emak pula digilai ramai walhal berambut kontot dan berwajah gelap akibat menoreh getah.
Kisah cinta saya pula bermula apabila dalam pada duk jual mahal (atau sebenarnya tiada siapa nak), akhirnya semasa umur tingkatan 5, kecundang juga dalam alam monyet di mana masing-masing, saya dan dia, tak sedar diri dua-dua muda lagi, kalau nak pergi dating pun sang monyet jantan harus minta duit ibu bapa hahahaha! Tiada siapa patut dipersalahkan dalam hal ini, tetapi adalah salah diri sendiri sebab tengok semua kawan dalam geng ada boyfriend, jadi peer pressure bak kata Fadhilah Kamsah *main petik nama-nama gah bidang psikologi supaya ibu bapa redha bela anak monyet gedik*.
Saya suka tukar-tukar sekolah. Sekolah menengah sahaja, 3kali tukar. Kalau nak kata ada rekod jahat memang tak ah, nerd habis. Nak ponteng pun cuak-cuak. Makan chewing gum dalam kelas pun dah kira perbuatan paling samseng T_T
Tahun terakhir untuk sekolah menengah saya tukar sekolah lagi. Di situlah segalanya bermula. Biasalah hari pertama sekolah, semua bikin sensasi eh mana budak baru mana mana oh itu ha *lalu-lalang kelas saya*. Budak baru.. biasalah.. buruk macam mana pun mesti dapat perhatian, semua orang usha, jadi kira hot ah buat satu hari itu. Masuk kelas, mata semua mengamati macam tak pernah tengok nerd perasan hot macam saya. Kuajo. Bila dah duduk tempat yang dipilih guru, saya pun baca buku. Suddenly, there he was..monyet jantan boyfriend pertama saya masuk dengan kawan dia ke dalam kelas itu. Oh bakal rakan sekelas rupanya kita. Kawan dia tengok saya dan senyum, manakala dia langsung tak pandang. Dalam hatiku “Huk aloh, kau apehal tak pandang, aku budak baru kat sini, pandang ah bodoh”. Betullah orang kata cinta selalu bermula dengan benci.
After digging though old photos, this is the onlyKisah cinta saya pula bermula apabila dalam pada duk jual mahal (atau sebenarnya tiada siapa nak), akhirnya semasa umur tingkatan 5, kecundang juga dalam alam monyet di mana masing-masing, saya dan dia, tak sedar diri dua-dua muda lagi, kalau nak pergi dating pun sang monyet jantan harus minta duit ibu bapa hahahaha! Tiada siapa patut dipersalahkan dalam hal ini, tetapi adalah salah diri sendiri sebab tengok semua kawan dalam geng ada boyfriend, jadi peer pressure bak kata Fadhilah Kamsah *main petik nama-nama gah bidang psikologi supaya ibu bapa redha bela anak monyet gedik*.
Saya suka tukar-tukar sekolah. Sekolah menengah sahaja, 3kali tukar. Kalau nak kata ada rekod jahat memang tak ah, nerd habis. Nak ponteng pun cuak-cuak. Makan chewing gum dalam kelas pun dah kira perbuatan paling samseng T_T
Tahun terakhir untuk sekolah menengah saya tukar sekolah lagi. Di situlah segalanya bermula. Biasalah hari pertama sekolah, semua bikin sensasi eh mana budak baru mana mana oh itu ha *lalu-lalang kelas saya*. Budak baru.. biasalah.. buruk macam mana pun mesti dapat perhatian, semua orang usha, jadi kira hot ah buat satu hari itu. Masuk kelas, mata semua mengamati macam tak pernah tengok nerd perasan hot macam saya. Kuajo. Bila dah duduk tempat yang dipilih guru, saya pun baca buku. Suddenly, there he was..
candid picture I have talking to him on the phone.
Pakai flip phone lagi, jari pun bercincin melambangkan dah berpunya. Hahaha those were the days.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment