Hanis Zalikha's Puppy Love

Sedutan minggu lalu..

Saja kan nak buat macam slot Akasia siap ada sedutan minggu lalu segala. Baiklah mari sambung entri Cinta Monyet. Tapi sekarang panggil Puppy Love pula. Biasalah panggilan yang keji-keji monyet anjing nih semua harus digunakan untuk menggambarkan betapa bangangnya orang yang bercinta semasa belum matang.



Setelah kami berdua sama kelas, masing-masing masih jual mahal sepanjang minggu. Tidak kisah langsung satu sama lain, like whatever major loserrrrrr! Satu pagi, guru kelas kami entah mimpi apa malam sebelumnya, tiba-tiba cadang nak cat kelas warna hijau limau nipis. Dalam hati semua kata "What the", tapi yang terpacul di mulut ialah "Bila cikgu? Bila??". Hari ditetapkan ialah hujung minggu, siapa yang nak volunteer boleh datang. Nak ke volunteer? Nak ke? Dapat plak masa tuh bestfriend dengan penolong ketua kelas. Kobar-kobar dia nak cat kelas, tak datang tak bestfriend plak kang. Fine, datanglah juga. Tup tup mamat tuh pun datang, eh dalam pada samseng habis muka kau, aktiviti gotong-royong keceriaan kelas nak pulak kau terlibat, bisik hati kecilku.



Selesai cat kelas semua, takde apa yang menarik pun. Takde progres menarik apa pun antara kami. Kelas jelah yang menarik sikit nampak cam Dipsy.



Dipsy.



Satu petang tuh ada cheer practice untuk golongan cheerleaders (duh), pergh memang gedik siot apehal masuk cheer squad pulak dah ni elok2 dari nerd Yo Soy Betty La Fae isk sedarlah weh kau pakai braces, nak gak masuk cheerleading tegah monolog dalamanku yang bercanggah dengan kehendak diri.



Diorang pakat nak celebrate birthday siapa entah (lupa) geng-geng diorang jugalah lepas cheer practice. Tak, jangan ingat celebrate ada makanan ada hadiah semua. Itu ilusi dalam kaca televisyen je, celebrate birthday kalau guna duit poket sendiri bermaksud beli tepung nak mendajal orang. Budaya apakah yang sudah aku jebakkan diri ini? Ramai juga yang tiba lelaki dan perempuan termasuk mamat tuh EH KAU NIH SEMUA TEMPAT YANG AKU ADA, KAU TAKYAH ADA BOLEH TAK? Oh tak boleh, satu sekolah dan kelas rupanya kita. Bila fiesta baling2 tepung dan siram air dari botol bermula, saya hairan woi siapa birthday girl sebenarnya nih? Asal excited lebih nak dajal I?



Sesi kejar-mengejar yang menggelikan bulu ketiak antara kami pun bermula. Sementelaah cuba melarikan diri, dari ekor mata saya dah aim spot yang patut saya pura-pura tuju sebab nampak ada salur getah kat situ. Sampai je kami di situ saya buka air paip terus siraaaaAAAAMMM! Best feeling in the world ialah tengok lelaki muka samseng rambut basah lenjun macam kucing kena hujan kuyup je bulu kah kah kah! Oh nak buat hal dengan budak baru innocent muka bercahaya ya?! Dah berhenti babak hindustan kami, saya pusing kepala paip dan air pun berhenti mengalir. Terel jugak aku nih, pikirku sebelum berlalu pergi. Eceh.



Rupanya dari sebelum cat kelas lagi dia sudah jatuh cinta sama gua lah bro. Cat kelas tuh gimik sahaja katanya. Sambungnya lagi, seumur hidup dia memang tak pernah kisah aktiviti kelas yang merapatkan ummah. Bila nak rapatkan diri dengan ummah yang satu ni je (ehem) baru dia usaha cari sikap terpuji dalam diri seperti bertanggungjawab & rajin untuk bangun pagi hari Sabtu demi cat kelas.



Dari dulu memang suka guna nama penuh, guna dua-dua Hanis dan juga Zalikha. Even name tag pun nak nama penuh tapi tak dapat. Yang kat atas ini pun kena marah sebab nak nama penuh tapi tak cukup space. Sanggup buang huruf vokal.
Saya buang huruf vokal, Halim.




Bersambung...

No comments:

Post a Comment