Cinta Tak Kosmik

The final episode...
Susulan dari Episode 1 dan Episode 2.

Pergh final episode siot. Penerbit takde bajet siot. Dah discontinue sebab rating penonton rendah siot. Just kiddingggggg! You guys have been loyal and sweet! Jadi final episode ini akan disusuli dengan unseen footage Hanis Zalikha 3GP. Pergh penerbit bikin sensasi sebab takde modal siot.




Setelah pelbagai sandiwara disaksikan oleh sekelas rakan taulan hampir setiap hari, akhirnya dua jiwa disatukan pada tarikh paling cliche, tarikh Hari Kekasih *hulur baldi merah agak-agak kalau nak muntah*. Sepanjang perhubungan itu pastilah ada naik turun serta gembira dan berduka seperti pasangan tidak matang yang lain. Heck, even pasangan matang pun lalui semua ini, manakala yang immature haruslah melaluinya 16x ganda. Tapi kami kuat sebab masing-masing bajet takpe ini cinta pertama, dan jenis saya kalau bercinta wajiblah berobjektif untuk mendirikan masjid *tuh baldi tadi kat tepi tuh*.



Tidak mempunyai kesedaran sivik bahawa dua-dua bakal mengambil SPM, balik sekolah terus bergayut talipon, setiap petang bergayut talipon, sebelum tidur bergayut talipon. Bil talipon rumahnya naik tinggi maka seperti dijangkakan, kena marah dengan mak bapak. Yang tidak terjangkakan, kena marah sampai dia terpaksa keluarkan simpanan tabung haji sendiri nak bayar bil talipon mencecah 1k sebulan itu. Pergh kalau dia nak pergi haji kena kumpul balik T_T Itulah cinta monyet, memang suka bergayut sehingga melupakan rukun Islam kelima.



Namun, tidak selalunya berperangai kera, ada petang-petang selepas habis sekolah yang kami akan spend masa untuk makan di restoran dan menelaah pelajaran bersama. Mamat nih memang terel kiraan manakala sinonim dengan Hanis Zalikha pula adalah kelemahan Matematik. Mungkin kemalasan Matematik sebenarnya, tapi itu bukan point dia sekarang. Kepakaran beliau saya gunakan dan kerah sehabis baik sebab apa guna kalau ada balak tapi tak mendapat manfaat. Jadi terpaksalah dia mengadap saya pegang kalkulator dan bertanyakan banyak soalan. Apabila exam tiba, maaflah bila saya mendapat 93 markah dan awak hanya 88markah. Tak guna punya makwe, dahlah habiskan duit tabung haji, malah menjatuhkan maruah apabila lebih terel Math setelah diajar baik.



Namun langit tidak selalunya ada rainbow lepas hujan. Setelah banyak onak duri ranjau kami berjaya tempuhi dan tepis, akhirnya kecundang di tahun ketiga kami bersama (fuyo terel siot Hanis, setia siot 3tahun) dan kami pun berpisah cara baik. Banyak sangat obstacles until we realised sooner or later still kena berpisah juga so I ended it right there and then. Saya yang lambat sedar, sangat susah untuk saya bersama dengan lelaki yang sebaya. Sebab Dr. Mashitah cakap *main petik lagi nama pakar-pakar psikologi*, perempuan lagi cepat matang dari lelaki. Jadi kitew kenew lew carik lelakiw lagiew tua nak kahwin nantieww, teehee.



We were too young. We were foolish. They say your first love seemed so perfect, until you meet your second.



Cukuplah 3 entri menceritakan cinta pertama saya ya. Ini bukan bakal suami nak dedicate satu belog terus. Tapi jangan risau, penerbit kata dia tidak lupa janji dia akan unseen footage itu! Stay tuned! Sorry no pictures no names for all 3 entries because obviously kena respect dia or kalau ada girlfriend dah, kena respect girlfriend dia sekali. And please take note, cerita ini dah lama sangat, an old story, happened long time ago. I was 16, now already 20 k. Nak masuk 21 pun T_T

No comments:

Post a Comment