Setiap kali Izdiyani call I tanya khabar, I akan merengek kata kenapa Ain dan Farain tak sehati sejiwa dengan I. Kenapa mereka tak hoohaaa mengapaaa? I akan kata Izdiyani aku rindu kau di setiap ketika, kau pindah lah kampus ini. Ceh takde ah sampai paksa Izdiyani pindah, but you know how it was.
Tapi, jenis I, I akan fix myself to fit in juga. Sebab takkan senantiasa orang nak ikut kepala kita kan? Lalu, setiap hari memang akan berkepit dengan mereka berdua walaupun mereka lemah lembut longlai gila. Serious, dua-dua taat kepada ibu bapa dan taat kepada Allah. Dan I rasa memang betul apa yang Allah janjikan, untuk jodohkan orang yang baik, dengan orang yang baik. Patutlah I dijodohkan dengan mereka teehee.
I kini bersyukur sangat kawan dengan Ain dan Farain. I sayang sangat dekat diorang because they are who they are. Kami tak hoohaa tak kena tempat. Kami tak gossip tak mengumpat tentang orang. Semua lawak yang kami enjoy selalunya pasal spur of the moment atau pasal pelajaran. Paling selalu pasal pelajaran lah di mana semua berlagak betul, ajar orang lain kemudian last-last tiga-tiga salah haha. Pastu selalu ejek Farain yang buat soalan lembab gila dan I dan Ain dah siap pastu gelakkan kehkehkeh sebab jawapan dia lain gila, sekali last-last dia yang betul dan among the highest dalam class untuk Microeconomy T_T Haha.
Dan sebab kami tidak suka bergosip, gosip pun tidak datang kepada kami :) Prinsip I tentang gosip senang je, memang akan ada orang yang tak suka kau, tipulah kalau semua orang suka kau, tapi kau boleh pilih untuk dengar perihal orang yang tidak suka kau atau tidak, hanya dengan memilih kawan yang betul. Maka dengan memilih untuk berkawan dengan Ain dan Farain, hidup I dekat sini sangat simple but nice :')
Lagi satu I paling suka tentang diorang ialah, diorang live life as it is, perangai diorang baik daaaaan diorang tak emo. Bahah serious, tak pernah emo. Sayaaaaaaang!
Alhamdulillah, Allah ketemukan I dengan dua orang yang sangat influential dalam hidup I. Tanpa mereka, mungkin result sem lepas tak segempak, heh heh. Oh pastu diorang bukan jenis pendengki, kalau siapa bagus, kita semua appreciate dan congratulate, macam masa result I paling best antara kami dulu, heh heh.
Kemudian mereka selesa bekerja dengan I yang kalau buat assignment memang kena tiptop rehearse sampai malam, rehearse wajib lebih dari dua kali, rehearse untuk betulkan pronounciation, penampilan pun nak colour coded, semua kena buat research mendalam, bila time jadi ketua memang betul-betul ketua mengaum haha. Then I risau lah diorang benci setiap kali I jadi ketua memang perfectionist, kerja pun tak bagi orang sentuh, part masing-masing siapkan, final editing yang heavy gila, I nak buat semua, so I pernah offer, korang taknak jadi ketua pulak ke? Tak kisah ke I je yang mengaum? Tapi diorang taknak, diorang selesa dengan my guidance dan diorang pun sayang markah hahahaha.
Ini masa kami usahakan presentation CTU, Peranan Ibadah Dalam Menangani Masalah Rokok. Semua sayang pamphlet yang I reka.
Haha tengok tuh, lagi-lagi baru lepas print, panas lagi. Yang ini waktu last full clothes rehearsal. Rindu! Muka sorang-sorang happy kena kerah.
Haha seksi ke? Powerpoint kami :')
Pastu edarkan chewing gum kat satu kelas, sebagai ibadah umum mencegah keinginan untuk hisap rokok. Yang dalam casing bunga telur ini untuk ustazah.
Semua berbaloi bila assignment dapat full mark, dan presentation seorang-seorang semua dapat full mark, kumpulan I punya carry mark paling tinggi okay. Paling worth it bila ustazah kata "Hanis you're a very great leader" masa salam nak pulang. That was her exact words, dah lah ade very, pastu great pulak. Ish ish ish rindu. Best sangat sebab ustazah Norizan punya expectations sangat high okay. Kalau tak capai standard universiti memang siap ah.
Itulah dia tadi, kisah seronok Hanis Zalikha di kampus, hope life is treating you well too!
No comments:
Post a Comment