Betul apa yang ramai orang cakap

tentang Hospital Segamat T_T

Image Hosted by ImageShack.us
Banyakkan muka buruk I demam? Khas buat peminat di luar sana yang menanti album eh eh boleh berhenti merapu sekarang.

Ramai kawan saya pulang ke KL. Siapa nak bawa saya pergi hospital?? Tsk *bunyi sedut hingus akibat menangis. Suhu badan mencecah 37.5, kepala terasa terlalu berat dan raut wajah mampu memecahkan cermin. Nasib baik ada Ms Ida serta tunang yang baik hati dan jiwa yang sanggup melayan kerenah I pergi Hospital Segamat dan belanja makan Pizza Hut. Pastu belikan I sebiji kepala muda yang I harus ikhtiarkan untuk kopek dan minum.

Gigi, mari kita beraksi.





P/S: Mami en Papi please dont worry too much, doktor kata anakandamu ini hanya demam panas yang biasa-biasa sahaja. Tapi kalau nak hantar lauk pauk guna mangkuk tingkat boleh juga.

No comments:

Post a Comment