Hey Bimbo, Here's A Map

I just spent a good one hour on this, because I care.
Map on some European Countries.


Baiklah ini adalah sebahagian daripada negara-negara Eropah (peta negara Eropah). Kenapa saya decide nak peruntukkan satu jam dekat MS Paint untuk lukis benda alah ini adalah kerana saya tahu ramai yang tak reti bezakan sesuatu nama tempat itu adalah negara atau bandar sebenarnya. Waktu saya berada di sana, saya tweeted bercakap tentang Amsterdam dan ada yang ingat Amsterdam adalah negara, walhal ia sebuah bandar di dalam Holland. Holland pula nama lainnya ialah Netherland. Bukan Holland sahaja ada nama lain, negara jirannya Germany juga ada nama lain iaitu Deutschland (DOITCHLEN).




Banyak fakta-fakta penting yang kita tak diajar dari kecil, jadi saya ambil peluang ini untuk ajar siapa yang tak tahu. Sebab sejujurnya, dulu saya pun tak tahu kedudukan-kedudukan negara ini semua. Waktu tunggu nak bertolak ke airport di Frankfurt, saya duduk dalam bilik Azizi dan tengok World Map dia yang berthumback di tempat-tempat yang dia telah lawati. Saya hafal sebiji-sebiji di mana posisi negara-negara yang saya anggap popular. Sebab Austria semua jenuh jugalah nak hafal kan? Jadi hafal yang popular sahaja buat masa sekarang.




Map saya sediakan di atas telah diringkaskan supaya senang anda nak dapatkan mental image apabila seseorang sedang bercerita tentang suatu negara anda belum pernah jejaki. Nama negara saya taipkan huruf besar, dan nama bandar di dalamnya saya taipkan huruf kecil. Bandar yang saya pilih tidak semestinya ibu negara kepada negara tersebut. Betul cakap orang, bila nak beri ilmu pada orang, kita juga akan dapat ilmu. Saya cuba untuk warnakan peta itu dekat dengan warna bendera negara masing-masing. Kini saya tahu bendera German dan Belgium sama warna, cuma corak horizontal vertical yang lain. Italy tidak berbendera merah jambu, tapi warna merah, Germany dah ambil, dan merah jambu sangat comel untuk Milan hew hew hew. LAGI INFO TAMBAHAN: United Kingdom adalah sovereign state yang dalamnya ada 4 negara iaitu England, Scotland, Wales dan Northern Ireland.




Itu sahaja dari saya untuk malam ini. Sebab saya taknak lagi orang pikir Paris dan Milan itu bersebelahan hanya kerana ia sering di sebut dalam ayat yang sama atas dasar fesyen. Saya tidak watermark map itu sebab, ia ilmu ialah kepunyaan semua, dan tanpa watermark harap ia lebih tersebar luas. Kalau ada salah dan silap sila tunjukkan, nanti saya buat velog mintak maaf.

No comments:

Post a Comment