Where do I shop online (Malaysia) ?




Kronologi dan fasa perkembangan seorang pembeli-belah yang tegar, ehem.


Demi sehelai seluar/cardigan/skinny jeans, sanggup rangka strategi bersama geng untuk ke pusat beli-belah terkemuka dengan lingkungan perbelanjaan yang ditetapkan ayah bonda. Modus operandi selalunya, samada minta simpati/jasa baik ibu bapa terpilih untuk hantar, atau naik komuter tukar-tukar stesen bergesel-gesel jasmani dalam kesesakan. Sanggup.



Dah up sikit, masing-masing ada lesen! Modus operandi, semua pakat tong-tong minyak yang bertong-tong kerana nak pergi malls di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Dengan traffic jam, dengan tak berapa reti jalan-jalan pelbagai nama dari pelbagai bangsa, dengan ketidakwujudan GPS. Sanggup.



Dengar buah mulut dan cakap-cakap orang, wah kini boleh beli-belah atas talian? Si naif pun mula google “Blogshop Malaysia”. Pergh, results dia banyak gila, mana nak pilih, mana yang boleh dipercayai, mana yang sesuai dengan citarasa hati sanubari?! Saya rela dengan 2 modus operandi fasa terdahulu T_T



Semakin dewasa, semakin sibuk dan tiada masa untuk keluar beli baju apatah lagi mengukur baju di badan sendiri. Kadang-kala sehingga terdesak betul sebab ada event mendatang, tetapi diriku di perantauan dan tidak dapat beli baju untuk dipakai, resorted to online shopping juga. Akur.


Sudah berjinak dengan online shopping, menjadi ketagih. Tapi hanya tahu 2-3 online shops yang boleh dipercayai dan kerja mengrefresh page mereka tunggu update terbaru. Salah satu online shop pula dah tak update dah. Semakin kuranglah pilihan. Akur.




Kalau ada satu website yang boleh dipercayai, yang sediakan semua online shops dekat satu tempat, dan kalau kita pilih-pilih barang di variety of these online shops tapi bayar sekaligus, kan senang! Bila ada banyak pilihan dalam aturan yang sistematik, malah online shops semua selalu update, kan senang! Kalau dalam banyak-banyak online shops yang dia feature, kita boleh cipta mall sendiri dengan pilih online shops yang kita nak je, letak dalam mall kita (supaya takyah tengok update online shops yang bukan citarasa kita) kan senang!

Mungkinkah penemuan terkini adalah penyelesaian kepada segala masalah yang berbangkit?



JIPABAN.COM !
Customizable Online Shopping Mall: Malaysia Singapore

Mehehehehehehehehehe teruja teruja teruja!




Mula-mula of course sign up, yknow the emergency drill. Lepas tuh pilih kedai nak letak dalam mall kiter, Hanis Zalikha Mall! Online shops ranging from clothes, bags, shoes, gadget accessories, cds lah semua segala cekadak kau boleh piker, hampir semua ada.



Yang seronok, of course part pilih kedai nak letak dalam Hanis Zalikha Mall. First level letak semua butik wanita, supaya takyah naik escalator heh.




Tingkat pertama dengan my own customized name: Level Fab. Semua barang perempuan yang bakal menjana kefabulousan diri terletak di sini.


Eh?! Ingat tak parking kat mana tadi?? Ha, bila dekat Jipaban, takyah pikir2 benda tak berpekdah macam tuh -_- In fact, banyak benda memang dah takyah pikir sebab sistem dia sangat efisyen. Setiap kali dia update, kita akan tahu sebab dia kedai itu akan load selected items terbaru di mana kita boleh browse through dari depan (as seen in the above picture). Kalau menarik perhatian baru masuk kedai dan tengok lebih lanjut, kalau tak menarik tengok kedai lain mana yang dah update.




Masuk kedai dan decide nak beli ke tak. Sungguh mudah, sebab product details lengkap dan dia nyatakan ketinggian model. Ha 167cm, kan senang tinggi lebih kurang tinggi I * kelik Add to cart untuk letak dalam virtual trolley*




Masuk kedai D'Estrella jenguk-jenguk handmade accessories unik. Kemudian masuk beberapa kedai lain dalam Level Fab untuk beli-belah lalu naik lift pergi tingkat 2 pula untuk ke Level Cool.



Level Cool. Jangan judge kekreatifan bagi nama level, sebab ada characters limit okay. Tak cukup huruf nak bagi nama Level Muda-Mudi Ranggi Masa Kini, jadi Level Cool dah cukup gah dan setimpal dengan had limit. Sekarang baru ada 4 kedai letak dalam Level Cool. Kedai Aksesori Henpon, kedai T-shirt, kedai CD.




Masuk kedai Bib, kedai Blackberry & Apple Prods Accessories.

Tukar casing atau tukar housing terus? Tempting.




Juga ada untuk barang-barang Apple.




Masuk MyFavouriteTees pula! Wah t-shirt cool untuk harga murah :') Mengapa perlu berbelanja lebih untuk jadi cool? Okay takyah proganda sangat kat sini Hanis, ya cool ya murah kami faham.



Kepenatan shopping dah? Tapi belum naik level paling tinggi Hanis Zalikha Mall! Pergi naik! Berbaloi! Level Cute. Mehehehehe cutesy poo betul nama level.





Mesti cekidaud semua kedai ini, ada yang jual benda yang susah cari macam Plug Identifier Tag! Like hello? Where do I get a Plug Identifier Tag? Here.



Dalam pikiran anda pasti oh customizable online shopping mall and just that? Oh no no no! Ini ialah tempat bersosial di mana anda ada profil sendiri dan ajak rakan daftar juga supaya boleh shopping bersama tanpa keperluan tong-tong minyak.




Profile saya!

1.Boleh update status seperti di atas : Membina pusat beli-belah tanpa batu-bata dan simen. Hanya menggunakan tikus, macam Cinderella.

2.Boleh letak product yang mahu dibeli dalam Egg-On list.

3.Boleh letak product yang mahu diterima dalam Wish list.




Egg-On list sangat sesuai untuk orang yang indecisive Libran macam I. Produk yang kita letak dalam Egg-On list, kalau kawan-kawan kita suka/rasa cantik, boleh bagi telur ATAU KALAU TAK SUKA BOLEH BALING TELUR T_T




Sebab semua akan diupdate distatus kita, hehe bolehlah kita usha kawan beli apa. Sebab taknak terbeli benda sama T_T Oh profil Jipaban juga boleh integrate dengan Facebook jadi kalau teman lelaki takde profil Jipaban, still boleh hint ehem I nak dress ni ehemm.




Gempak? Kalau nak beli-belah sila sign up sebagai pengguna. Kalau anda ada business dan nak sewa kedai dekat sini, sign up sebagai penjual. Sekarang masa terbaik kerana 6bulan pertama dapat discount 75% off dari sewa kedai. Akhirnya, website yang menyenangkan pengguna DAN penjual. KAMI PARA PEMBELI-BELAH TEGAR MENGUCAPKAN TERIMA KASIH JIPABAN.COM ! Follow their Twitter & like their Facebook


PLUS! Love Bonito, the largest blogshop in Singapore, is on Jipaban too :')

No comments:

Post a Comment