Waktu itu, aku sedang membelek-belek buku Public Relation. Berkira-kira samada mahu membaca terus ATAU kelepet-kelepet telinga mukasurat nak buat syarat konon sudah sentuh topik-topik terpilih. Sebabnya dah sehari setengah kerja aku membelek sahaja. 'Overview' kataku tiap kali orang tanya buat apa tu, dah baca buku belum. Sibuk tanya, pergilah sana.
Akhirnya setelah pilihan kelepet dibuat dan diselesai, aku terus terduduk depan laptop. TERduduk ya. Terduduk. Gayanya macam fuh penat benar membanting tulang menggelepet bucu kertas lalu terduduklah beliau menghempas tubuh di hadapan komputer ribanya. Macam tuh, eppp kita kena bersangka baik! Bersangka baik terhadap saya cepat! Okay sambung..
Bertemankan Facebook sebagai penghilang dahaga (what the), aku pun terus leka. Tiba-tiba muncul sepupu belah emak bernama Hakim untuk Facebook Chat. Dia pun menyapa, "Keknis, Keknis tak pergi negara Singa eh?". APAKAH?! APAKAH SATU FAMILI SEDANG MENUJU KE SANA?? APAKAH?
Aku lihat tarikh di bucu kanan skrin, fine fine FINE. Ya memang 30hb, YA. Tarikh yang tiket penerbangan ditempah beramai-ramai, sambil LEAVING OUT MY NAME, oh I remember that. Tapi biasalah, orang jenis tak keep track dengan tarikh nih, suka buat terkejut tergempar terhadap jantung sendiri -_- Padahal dah tahu, tapi lupa heh. NO WONDER SATU HARI TAKDE SALAH SATU PUN AHLI KELUARGA MSG/CALL KITERRRRRRR. DAH PERGI SINGAPURA RUPANYERRRRRRR *nangis dalam hujan tak pakai payung supaya muka basah sekali maka orang tak sedar mutiara jernih membasahi pipi*.
Benci tahu. Benci rindu mendalam sebegini. Benci-benci *sambil belek gambar keluarga*. Benci-benci *sambil play lagu Dendang Perantau*. Benci-benci *sambil tulis entri berkisar kehidupan bekeluarga*.
Kalau anda wonder kenapa takde caption, sebabnya ialah saya betul-betul pasang lagu Dendang Perantau. Jadi bila tengok gambar feel bajet videoklip, terus taknak interrupt dengan caption/kata-kata. Taknak jadi macam lagu 4U2C Fiona tuh, tengah sedap lagu tiba-tiba ada mamat mana baca sajak mendatar gila hilang feel!!! Oh baiklah Dendang Perantau pun dah habis, bye nak nangis dekat bantal sehingga esak-esak bahu terhenjut.
No comments:
Post a Comment