Rambut.

Tak habis-habis tajuk entri rambut, tak habis-habis buat entri rambut. Cubalah sekali-sekala tajuk entri Serkop Kepala T_T Saja takde benda nak update, upload gambar banyak-banyak jadikan cerita. Nak dijadikan cerita (eh relevant betul ayat ini kat sini), setiap kali balik cuti semester mesti pergi jumpa Jackham untuk potong rambut. Sebab rambut dah sampai paras pinggang, jadi ia berat dan nampak ayu. Eh layu. LAYU LAH LAYU.





At Shawn's place.



Lepas dah survey kat Twitter, semua suruh hitamkan rambut kembali supaya matching dengan kening, eh tak, bukan. Part matching kening tuh baru tokok tambah, tapi memang semua suruh hitamkan rambut baliklah. Bila proposal diusul dekat Jackham dia bantah sebab dia kata Hey! You baru colour hari tuh! Eh kau ni nak duit aku ke tak, bisik hati nurani. Namun, benarlah dakwaan Jackham, setiap bulan tukar warna, kau ni dah kenapa Hanis? Memang perosak rambut.





Jadi Jackham cuma trim rambut dan bila minta dia potong 'bang' (macam fringe tapi slightly longer), dia adrenalin lebih, pergi potong extra sampai memang jadi fringe. Nangis, dah ah benci fringe. Sewaktu semua drama ini mengambil tempat, emak sedap-sedap tengah potong rambut ala Rihanna dalam bilik VIP. Sebab mama kan pakai tudung, jadi potong rambut kena kawasan tertutup. Tapi potong rambut ala Rihanna yang tak tahan tuh. Esok bangun pagi turun bawah tengok atas meja ada post-it kat kotak susu 'I'm off to my world tour, Love Mom. Eh jangan lupa coating cake, nanti ada orang nak ambik pukul 2.' wahhhh sempat sebelum gi konsert pesan-pesan pasal cake dia kena coatkan untuk customer. LOLOLOL! Okay dah.





Jackham bising kata rambut I dah sikit. Which is true sebab asyik colour and bleach sigh sigh. Ini nampak tebal ilusi je tau sebab kedegilan minda korang duk ingat rambut Hanis tebai tebai, bila cakap dah tipis pun imaji dalam otak still bayang tebai tebai. Daaaaan tak colour hitam balik T_T Bukan salah tuan empunya dirilah kalau dah pergi salon, salon taknak warnakan *beli Henna dalam packet*







Fringe tarik tepi sepuas-puasnya supaya jadi bang jugaaaaak tak kiraaaaaa. Dia blow fringe straight memang ah nampak panjang. Bila dah mandi nanti natural curl mendominasi, terus terkontot kau sorang2.






Serious banyak gila gambar sebegini dalam 68 keping jugak lah, hanya kerana RIHANNA BUAT RAMBUT LAMA GILA, SIAP REBONDING SEGALA.


T-shirt ACDC by ThePopLook.







Nyamuk gigit atas kening. Ke jerawat? Taknaklah common sangat, pilih nyamuk gigit atas kening ah.





61 gambar selebihnya, buat koleksi peribadi.






Rihanna ngidam makan kat Ikea.




Maaf entri cikai, sedang mengarang beauty tips terbaru! Nantikan di screen berhampiran riba anda.

No comments:

Post a Comment