Guide to Malay Weddings

Weddings are very important. I mean, wedding IS very important, when it's in plural form it no longer is. Unless you look at it from the parents perspective, then yes weddings ARE important. For this entry, Imma show you how to perfect your big day with step-by-step guide to I-am-just-kidding.



Hehehe. Takde kerja menganiaya orang pada perenggan pertama. It's just that I've been to two weddings in the past 2 days because that's what we Malay people do on weekends. So I thought we could make this into an interactive entry where at the end of this entry you'll too share on door gift paling best pernah dapat/ pernah terpikir or dessert paling tak dapat dilupakan etc. Marilah sama-sama membantu bakal pengantin yang keguguran rambut dan bulu tak tidur malam memikir apakah yang tetamu mungkin suka dan mungkin tidak suka.



Ini wedding dua pupu kami, Maya.
*Eh lupa gambar Daddy takde, maybe sebab Daddy demam emo nak balik cepat LOL!


What I like about this wedding is that, table cloth warna putih, jadi nak camwhore gambar banyak-banyak sangat convenient, muka jadi suci sebab light reflect bagus dari cadar meja ke wajah. Eh boleh ke suka yang part tuh?




Fine, cari benda lain yang disukai, I like the fact that adik-beradik ibu bapa Maya sungguh sepakat membawa berkat. Sangat penting dalam menjayakan majlis seumpama ini, ada keharmonian dalam membagi-bagi tugas. Tak elok kalau mereka datang sebagai tetamu ewah-ewah anak kau kahwin, aku tolong bungkus bunga telur anak aku kahwin, kau datang duduk meja VIP. Tak elok tak elok... , jadi baguslah itu tidak terjadi kerana kelihatan mereka semua tiba awal, syabas. Di atas meja juga disediakan balang kuih, tak sah orang Jawa tak hidang kuih-kuih ni ya. Sungguh empuk kuih itu kami seronok mengadapnya. Door gift juga ada banyak pilihan makanan di dalamnya untuk dijamah kami adik-beradik.

.................................

Seterusnya wedding yang jauh nun di Johor, demi adik junior pra-diploma yang dulu berkongsi bilik, Radmiyana. Kakak beliau kahwin dan memandangkan beliau sudah seperti adik angkat yang tidak mungkin larat diangkat oleh diri ini, wajarlah saya memenuhi jemputan majlis di Kampung Sedeng, Segamat.



Lagipun Kekna kata untuk perkahwinan kampung seperti itu (as in simple and traditionally done), kad dia lebih baik dan meriah dari kad kahwin orang bandar (sebagai contoh) yang guna kad kosong cetak nama nak taknak untuk ajak orang datang majlis dia kahwin. Memang harus save cost, tapi kita mesti buat orang rasa besar hati sikit nak datang. Dulu kalau nak menjemput lagilah, siap datang rumah ok!



It's just colourful A4 paper, but it's so meriah :)




Murah hati door gift more than just a bahulu ini. Ada gula-gula, sabun, keropok, Yassin dan tak dilupa, telur rebus. Majlis kampung yang tradisional (merewang instead of catering), tapi besar hati orang datang dari jauh.


That is all about the two weddings. But the one thing that I really miss is makan berhidang. Sekarang kalau nak makan berhidang, kena tunggu wedding kat hotel. Memang banyak kebaikan dan kesenangan buat buffet sebab tuh ada ramai prefer sediakan buffet, tapi makan berhidang best (bagi tetamu), sebab duduk je tiba-tiba ada tangan kat tepi tolong cedukkan nasi segala. Like in a makan berhidang majlis, everyone is a VIP.


What about you? Apa yang korang suka dan tak suka pasal wedding, dan wedding paling best korang pernah pergi and why?


No comments:

Post a Comment