Setahun minum Slurpee free



Hurrah I sudah mendapat tahu tentang satu lagi pertandingan yang anda boleh join yeay! Lagi-lagi kalau anda suka minum Slurpee yeay! Kenapa yeay? Sebab hadiah adalah dapat minum Slurpee secara percuma sepanjang tahun! Tapi bukanlah bererti kalau anda menang, bila-bila anda rasa nak minum Slurpee anda boleh bawak jug besar godang pergi 7-Eleven pastu isi Slurpee penuh-penuh. Bukan juga bererti kalau anda menang, bila anda nak buat open house, anda bawa tong besar pergi 7-Eleven, isi Slurpee nak bagi tetamu 150pax minum. Bukan. MAKSUD SEBENAR IALAH, kalau anda menang, nanti dapat 52 keping koupon Slurpee 22oz yang anda boleh guna bila-bila sepanjang tahun (52 bersamaan 52minggu setahun, kira seminggu minum secawan Slurpee. Molek gitu).



Tapi itu 1 year of Slurpee supply hanyalah hadiah sampingan untuk pemenang utama, pertama, kedua dan ketiga! Ada hadiah lain!

Weekly Prizes:
Hadiah mingguan untuk 5 minggu berturut-turut, RM500 Tunai + Slurpee T-Shirt (x1) setiap minggu

Grand Finale Prize (Diumumkan pada April 29, 2010):
- 3D/2N Air-inclusive Package – Room, Breakfast and Dinner
at Berjaya Redang Resort for 2 persons
- 2 nights accommodation in a Redang Sea view with breakfast
-Berjaya Air return ticket excluding airport tax and insurance surcharge
-Return transfer from Redang Airport to resort
-2 dinner (choice of buffet OR barbeque OR steamboat)
-1 snorkeling trip (including gear)
-Kiddies pack (per pack per child)
-Welcome drink (non-alcoholic)
-1 set of Slurpee Merchandise
-1 Year supply of free Slurpee (22oz Slurpee x 52 vouchers)



DAN SELEBIHNYA HADIAH TEMPAT PERTAMA, KEDUA, KETIGA, BOLEH BACA SENDIRI DEKAT SENARAI HADIAH PERTANDINGAN SLURPEE, SEBAB TERLALU BANYAK HADIAH NAK COPY PASTE PUN JENUH.



Okay sekarang, macam mana nak sertai. Mula-mula daftarkan diri menjadi salah seorang warga Slurpee nation. Apabila sudah menjadi warga di Slurpeenation, bolehlah anda mulakan usaha untuk menjadi seorang pemenang! Kalau tak menang yang grand gilo pun takpe, menang aje weekly prizesnya! Asyik!!!

Okay okay lets get into business. Sediakan kamera, sediakan secawan Slurpee tidak kira saiz, sediakan sense of humour anda dan mula! Mula apa? Tiba-tiba je mula. Mula buat video kelakar dengan Slurpee di dalamnya lerr. Tidak kisahlah video tentang apa, yang penting ia ada Slurpee dan ia adalah kelakar, maka anda boleh menang. VIDEO HARUSLAH MELEBIHI 30SAAT TAPI HANYA 2MINIT PALING MAKSIMA, HANTARKAN SEBELUM 18 APRIL 2010 SEKIAN TERIMA KASIH. OH KEJAP, NAK HANTAR BANYAK-BANYAK VIDEO PUN BOLEH SEKIAN TERIMA KASIH.

Seperti biasa, marilah saya membuat mock video yang anda pasti boleh sangat nak tandingi sebab ia berdasarkan atas kekelakaran dan saya punya jauh sekali -__- Why? Sebab tergesa-gesa. Ini masa nak balik Segamat okay, singgah 7-Eleven sebentar untuk membeli Slurpee. Tahukah anda? Ceh ruangan Tahukah Anda? pulak. Okay okay tahukah anda, saya tidak pernah beli Slurpee sendiri, selalu buli adik suruh belikan sebab kejakunan terhadap mesin Slurpee dan tidak reti mengoperasikannya maka takut malu ish ish ish. Belum cuba belum tahu, orang zaman datuk nenek kita cakap. Maka ini cubaan pertama beli Slurpee. Video telah dilajukan sebab tak terhegeh-hegeh beli Slurpee. Syarat video adalah more than 30seconds TAPI 2minit sahaja maksima kepanjangannya! Oh yang kelakar sekali masa tengah bayar, abang sebelah I tuh, ringtone dia Rivers Of Babylon hahahahahaha. Nanti nampak video gegor sebab I gelak terkekeh-kekeh.



My video’s timeline.
0.01-Keluar kereta teruja first time ever beli Slurpee sendiri tanpa suruh adik.
0.11-Tanya pekerja tuh, mesin rosak ke? Nasib baik tak. Fuh.
0.17-Bersusah-payah nak ambil cawan sebab satu tangan pegang phone -_-
0.33-Melatah sebab cuak tiba-tiba mesin Slurpee berbunyi garang. Malu I dah lah first time.
0.48-Tatau kat mana dia letak tutup Slurpee, bila tanya pekerja, dia kata kat kaunter, tergelak kecil sebab malu semua benda nak tanya.
0.59-Tangan tahan sejuk kena pegang Slurpee sementara tunggu nak bayar.
1.04-Ahh sejukk.
1.23-RINGTONE BY THE RIVERS OH BABYLON, WHEN WE FIRST MET..
1.33-Bye abang Babylon.
1.48-Thank you (kepada Abang Kaunter).
1.49-Yeay (berjaya beli sendiri, operate mesin Slurpee sendiri)
Tamat.




Goodluck eberibadi. Nanti pos lah sikit kupon yang dah menang tuh, alamat ada kat sidebar kthxbai.

No comments:

Post a Comment