Saya terasa jauh dari belog ini. Belog ini, apabila dikomen, tak dapat lagi saya balas satu persatu seperti dulu. Hampa terhadap diri. Hampa kerana terlalu sibuk dengan perkara lain. Saya harap semua masih sudi mengomel, seperti saya yang masih tulis menulis di sini. Sebab setiap tulisan, saya nanti-nantikan respon anda teehee (terelnya mengaku, malu I). Andalah penggerak saya! Tanpa anda, penulisan saya boleh terstatik kejap. Macam waktu kecil apabila duduk dalam trolley dan apabila emak mahu ambil barang di lane yang lain, tinggal sekejap dah cuak omg. Jangan tinggal saya. Jangan :(
Dah ambil kicap kipas udang tuh, datang balik tolak saya pergi kaunter :')
No comments:
Post a Comment