Miss DJ. Bukan Miss J please.

Bolehkah saya jadi seorang DJ?




Sehebat Aznil?




Atau selawak Din Beramboi OMG.


Ceit. Intro mahu gempak sahaja. Tapi serious, Din Beramboi OMG. Dulu ada kaset dia senam robik OMG. Patut simpan sampai sekarang supaya boleh bersenam robik sambil buat senaman perut kerana menahan gelak sehingga ada six pack.


Selalu dengar Riuh Pagi Era? Kalau selalu, maka kita adalah geng. Riuh Pagi Era tuh, Pak Nil yang edit semua sendiri tauu. Terel tak. Dalam dok busy bee dia tuh, dia sendiri nak edit program tersebut.

So sekarang ada program baru , Jangan Lupa Nyanyi yang lebih kurang macam Jangan Lupa Lirik, kecuali (!) Jangan Lupa Nyanyi muka tak perlu tebal kalau suara belum pecah atau terlalu pecah. Hadiah juga lumayannn. Caranya, kena selalu dengar radio Era dan tunggu cue to call. Jadi pemanggil pertama dan mula berasa teruja. Pak Nil pasang lagu, then dia stopkan, anda teruskan je dengan empat perkataan seterusnya. Kalau anda memang tone deaf, tahu hafal lirik je, nak lagukan tak reti, still boleh join. Sebab dia hanya perlu 4 perkataan seterusnya, tak ikut nada pun takpe.


Program Jangan Lupa Nyanyi ni berlangsung sepanjang hari, cuma kena tunggu cue to call baru call. TUNGGU TAU, SEBAB AZNIL KATA DIA PENAT DAPAT PANGGILAN TAK SABOR SABOR NAK TRY PADAHAL BELUM BAGI CUE LAGI. Okay walaupun sepanjang hari, tapi hadiah yang paling lumayan diberikan pada sebelah pagi waktu Riuh Pagi Era berlangsung. Waktu itu wang tunai RM1800 ditawarkan. Kalau waktu-waktu lain anda bolehlah menang RM1600. Pilihan lagu cuma ada lagu pop dan rock sahaja. Maaf kaki dangdut, anda kena jugak tebalkan muka masuk Jangan Lupa Lirik haha.


Kejap I nak recall apa lagi Aznil cerita. Hm. Oh lagi satu program ialah Merisik Khabar. Boleh luahkan masalah kepada Pak Nil y’all. Tapi kena hantar sms dulu, and nanti dia yang call.



Nak tengok sesuatu yang comel?


Mama teruja dapat jumpa mereka, tapi muka siapa paling teruja dalam gambar ni?

No comments:

Post a Comment