Dah umuh dah..

Atas sokongan anda, anda dan ya, anda! Tujuh pemenang telah dipilih dan kini saya akan memaparkan mereka sekali lagi di sini! Moment of fame! Tapi mereka bakal mendapat moment of fame yang lebih dahsyat lagi apabila mereka sudah mula beraksi di hadapan kamera, mengacara rancangan percutian mereka sendiri. So mesti mereka tak heran moment of fame kat belog ini -_-


Tadaaaaa see any of your friends up there?? I see mine! My childhood friend, second from right, Aliff!


Wah mereka mesti happy sekarang. I tak tahu kenapa tapi I pun tumpang gembira jugaa! Mesti seronok yang amat apabila ditaja melancong pastu dapat keluar TV mengacara percutian percuma yang diorang dapat tuh! Best tak, best? Ha siapa suruh tak sertai :P Lain kali kalau I paksa masuk, baik masuk, penat je I mengomel kat sini paksa2.



MAKA SAYA NAK UCAP CONGRATS KEPADA:


Aliff, jaga diri dekat Yogyakarta. Kalau yang tak tahu, Aliff pergi sana waktu operasi gempa bumi aftermath oleh Red Cross Society untuk bagi bantuan, maka dia nak pergi lagi tengok tempat yang pernah musnah tuh dah membangun macam mana. Yang kelakar sekali bila I feature Aliff masa entri Limau Barli dulu, I tak tahu pun kami pernah satu kelas. Sebab dulu dia tembam dan kami dah tak jumpa dalam 8 tahun lebih. Sekali dia tegur kat Facebook sebab terkejut muka dia keluar belog I. Bila dia cakap kita dulu sama kelas, TERUS MENERUS I INGAT DIA YANG MANA SATU, BUDAK LELAKI YANG PAKAI CERMIN MATA, TEMBAM-TEMBAM, BANYAK CAKAP DALAM KELAS. I siap ingat lagi dia dulu ada asthma okay, punya kuat memori ceh ceh. Pastu dialah orang pertama I tukar nama I Hanis, kepada Manis. Dia nak ejek, tapi tak reti haha. Aliff, I dah describe you sungguh mulia di sini, nanti nak souvenir :P


Madina Yahya, this girl seems so sweet and kalau baca penulisan dia, macam bahasa Melayu yang kekok tapi comel sangat. Weeeee. Selamat berjumpa kaum keluarga belah emak anda di Thailand!


Nur Fadhilah, I rasa impian percutian dialah yang paling best bila dapat direalisasikan sebab seorang doctor haiwan yang asyik merawat Orang Utan dan kemudian, nak tengok Orang Utan dalam habitat sebenar. Macam alololololo impian tercapai. Semoga bergembira bersama orang-orang utan di Sandakan! Wah?


Juliana Niza, elok-elok bercuti dekat Bali tuh. Jangan taknak balik. Sebab dia seorang lecturer, so I boleh bayangkan student dia excited nak tengok episode dia! Mestilah excited, lecturer stok yang cool macam ni, scuba diving, nari gelek, paragliding. Fuish.


Oh Siti Nur Aishah, akhirnya dapat mendaki gunung Kinabalu bersama teman baik! Teman baik dari kecil pula tuh.



Affandi berambut besar pula dapat tangkap gambar hidupan laut di Tawau. Lepas tangkap gambar, tangkap mereka betul-betul dan jamah. Sangat terharu bila baca dia tulis yang setiap kali dia nak pergi tempat jauh untuk ambil gambar, bila dah siap-siap nak keluar, nanti anak perempuan dia dua orang lari dekat dia peluk-peluk kaki tangan semua nangis-nangis nak ikut. Pastu dia akan cakap “Bapak nak gi job okay, bapak nak gi job okay”. Sedihnya. Tsk tsk terindu kat Daddy :’( Dulu daddy nak gi outstation kat overseas I pun susah nak lepas :’( Eleh sekarang nak gi outstation kat Kelantan je pun, mesti sedih sangat kalau tak sempat salam. Cry baby betul.


Amyrol, ha rehat cukup-cukup kat Bangkok yaaa. Penat betul dia kerja siang, belajar malam. Okay yang untuk episode dia, semua better stay tuned, sebab dia memang dah biasa betul dengan Bangkok so dia akan tunjuk tempat-tempat yang top-top aja.



Dan kalau anda tertanya-tanya, karangan penyertaan mereka bagaimana, ha ini dua yang terbaik saya pilih untuk anda jadikan inspirasi, memang layak terpilih.


Juliana: Saya layak untuk memenangi percutian ini kerana saya adalah seorang yang amat mengemari pengembaraan dan amat berani menjelajah ke tempat-tempat baru. Disebabkan minat dan keberanian inilah saya pernah menawan Gunung Kinabalu, mempunyai lesen penyelaman skuba advance serta berpeluk dengan ular dan gajah. Jika saya terpilih untuk memenangi percutian idaman ini, saya akan membawa penonton meneroka keindahan pulau tersebut tetapi bukan dengan cara seperti pelancong-pelancong biasa. Saya akan menyelam ke dasar laut and melawat kawasan kapal tenggelam, terbang di langit Bali dengan membawa penonton untuk paragliding bersama saya, menghiburkan hati penonton dengan mempelajari tarian tradisionalnya, membuat serang hendap dalam perlawanan paintball di Paintball War Games atau bermesra dengan alam sekitarnya melalui aktiviti hourseback riding dan white water rafting. Walaupun saya akan kecut perut, menjerit ketakutan atau pucat lesi, saya tahu saya akan terus melakukannya kerana inilah sahaja cara-cara terbaik untuk menikmati pengalaman bercuti di Bali. Setelah saya melalui segala pengembaraan-pengembaraan yang telah disebut, saya ingin pula merasai Spa dan urutan Bali yang sudah sedia terkenal di dunia. Ini bukan sahaja untuk merawat kepenatan dan lenguh-lenguh badan yang ada, tetapi juga sebagai hadiah atas segala kerja keras saya mendidik bakal-bakal graduan di institutsi pengajian tinggi di mana saya berkerja.


Siti Aishah: Masa saya Darjah Lima, ada seorang budak baru masuk ke sekolah saya. Dia pakai skirt pendek dan kemeja putih, mukanya hitam manis. Waktu rehat saya pergi tanya dia , "Nama siapa?". Dia jawab nama dia Khartini. Semua orang di sekolah pakai tudung dan baju kurung kecuali Tnie sebab Tnie datang dari Sabah jadi dia pakai skirt dan kemeja putih. Dia pendiam tak banyak cakap pada awalnya.Tapi rupa-rupanya dia peramah, baik hati dan kelakar orangnya. Tnie tinggal satu kawasan perumahan dengan saya. Tnie dan saya sama-sama belajar di satu sekolah menengah. Naik bas sama-sama. Belajar bawah pokok depan rumah Tnie sama-sama. Bermalam sama-sama di rumah saya kalau ibu bapa saya tiada pulang ke kampung. Tnie dengar semua masalah saya bila tiada orang lain yang mahu dengar. Tnie macam kakak saya. Hari pertama saya masuk ke sekolah asrama, Tnie ada. Hari pertama saya di universiti, Tnie pun ada. Walaupun Tnie tiada pada hari pertama saya di tempat kerja tapi Tnie telefon. Sekarang Tnie jauh sebab dia kerja di Sabah. Dia seorang cikgu. Saya pasti Tnie seorang cikgu yang bagus dan semua anak murid suka pada dia. Sebab Tnie ramah.Masa tahun kedua bekerja, saya ke Kota Kinabalu untuk bercuti dengan Tnie selama empat hari. Saya naik kapal terbang dari Semenanjung dua jam setengah sudah sampai.Tnie naik bas dari Tenom tiga jam untuk sampai Kota Kinabalu! Kelakar! Kami sewa kereta selama empat hari. Memandu sehingga ke Ranau, mandi di Hotspring, pergi ke pulau, membeli belah di bandar dan menonton wayang! Malam-malam kami tidur lewat sebab berbual panjang. Masa nak balik, saya cakap pada Tnie, "Tnie, nanti aku datang lagi kita pergi panjat Gunung Kinabalu nak?".

KALAU NAK TONTON MEREKA, SETIAP MALAM RABU PUKUL 10, DI ASTRO RIA BERMULA 21 APRIL


Dan! Baca belog-belog mereka di www.mastraveller.com

No comments:

Post a Comment