Solekan/Make Up Pengantin





Ya, mama pernah menjadi mak andam suatu ketika dulu. Waktu I masih kecil comel lote, selalu pergi bilik mama dan daddy, godek baju dan aksesori pengantin dalam almari mama. Ingat lagi bajunya bewarna kuning diraja. Dalam hati I, "Eh harap-harap tak perlu pakai baju kuning terang gemilang ini apabila aku kahwin nanti". Mungkin itu adalah doa, sebab itu tiada anak raja pinang *tiba-tiba.




Kini mama nak ceburi kembali bidang yang dia memang pakar, bidang solekan. Selama ini adalah juga dia menceburkan diri, tapi hanya terhadap muka anaknya si sepet ni ha, dah boring dah dia.




Dulu waktu saya masih giat bermodelling, kan selalu jumpa dengan pelbagai jenis mekap artis. Kajian menunjukan (kajian diri sendiri), orang yang cantik akan mekap dengan cantik, I dont know, it's like that really. So waktu model lain buat bodoh je tak kisah siapa mekap, I sibuk nak chop mekap artis mana I nak. Pilih mekap artis yang paling lawa/hensem.




Eleh nak cakap mak dia cantik, mekap cantik lah tu. Hehe alamak tahu pula niat saya, malu I.





Lihatlah perempuan sepet tiada daya tarikan ini boleh ditransform menjadi mata besar dan bibir munggil.



Scha and I at the Film Festival Malaysia. Ya, mama lah mekap artis saya selama ini. Semua event segala. LIHAT TIBA-TIBA MATA BESAR WAH WAH WAH. Terus tak kenal.





Sebenarnya mama suka mekap natural look, tak suka tebal-tebal, tapi nak buat macam mana dah anak dia muka memang patut tepek mekap banyak-banyak T_T Maka kalau nak mama mekapkan di hari persandingan atau pertunangan anda, tebal atau natural look, bolehlah call mama. Nah, 012-3959779 atau shinarostam@yahoo.com. Harga tanya sendiri bye.


No comments:

Post a Comment