Hesh saya sendiri sangat teringin nak sertai. Mari bincang mekanisme pertandingan ini. Calonkan diri sendiri atau sesiapa yang layak untuk dapatkan hadiah percutian, dan pilih mana-mana destinasi di Malaysia atau ASEAN. Buat karangan sepanjang 350 perkataan kenapa anda harus diberi peluang bercuti dan apa yang anda idamkan. Hantar gambar calon tersebut dan berdoa untuk menang! Sungguh senang.
Apabila sudah berhasil menang, dapatlah bercuti! Di samping percutian selama 4 hari, 3 malam anda akan dirakam oleh abang-abang Astro Ria kerana anda berpeluang menjadi pengacara rancangan percutian sendiri yang akan disiarkan di channel 104 Astro Ria.
Pasti tertanya-tanya apekebenda membebel tapi tak beritahu mekanisme betul-betul. Kat bawah adalah tiga fasa-fasa pertandingan Saya Nak Cuti yang penting:
Haha, three easy fasa sebelum you’re on your dream vacation and jadi hos rancangan percutian sendiri. Jadi, korang cepat pergi klik www.mastraveller.com sendiri. Daftar dan hantar! So simple. Nah iklan.
Sekarang let me show you a mock entry (contoh karangan penyertaan) by me.
Ke hadapan syarikat penerbangan terulung Malaysia bernama MAS,
Wah pandaikan saya bodek? Baiklah serius sekarang. Saya amat sangat paling teringin sungguh untuk bercuti ke Bali. Tak rugi awak pilih saya kerana nanti bila mengacara rancangan itu, saya pasti banyak membebel sehingga tiada ruang untuk iklan maka semua orang suka tonton kerana tiada siapa suka iklan kecuali kalau ada muka Maya Karin dalam iklan tersebut. Bali menjadi destinasi pilihan kerana t-shirt I ♥ Bali sungguh berpengaruh terhadap minda saya. Malahan, semua orang telah ke Bali maka agak sadis untuk saya mengaku tidak pernah lagi ke sana. Beri saya peluang ini. Selain itu, saya juga ingin berjinak dengan sukan menyelam, bukan kerana ingin diajar penyelam professional yang sangat kacak dan berdada bidang, tetapi semata-mata untuk melihat keindahan dasar laut dan hidupan akuatik yang ada. Makanan di Bali juga kedengaran sedap-sedap belaka. Saya memang suka limau barli. Eh ada kena-mengenakah? Baiklah, saya memang suka makanan laut segar maka setelah melihat keindahan mereka di dasar laut, memang wajib tangkap untuk dijamah beramai-ramai. Malam-malam bolehlah saya jalan di tepi pantai seorang diri menikmati limpahan cahaya bulan dan tiupan angin monsoon ke rambut. Pemandangan di sana kan memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata? Maka saya tidak akan cuba gambarkan pun. Nanti kita pergi sana dan kita rakam terus tunjuk kepada keluarga di rumah. Oh tidak ketinggalan juga peluang untuk membeli perabot rumah dan barang hantaran yang murah di sana! Pasti rambang mata dan nafsu. Perabot rumah dan barang hantaran?! Ala beli jelah dulu kemudian simpan dalam setor sehingga ada yang datang meminang T_T Menyentuh perihal budaya, saya selalu dengar Bali ada wayang kulit yang mengasyikan. Boleh saya tengok sendiri dan bergebang pada rakan-rakan sepulangnya saya ke tanah air! Eh mungkin patut berhenti sekarang takut-takut usaha saya mengarang sambil berangan sia-sia kerana telah melebihi 350 perkataan dan menjadikan entri terbatal. Akhir kata, pilih saya sekarang penat dah ni taip. Oh lupa kena sertakan gambar ya?
No comments:
Post a Comment