Jongkong emas bernilai RM 88,888.00

Mungkin anda tidak dilahirkan dengan bakat menulis. Mungkin anda tidak dilahirkan dengan bakat melukis. Mungkin anda tidak dilahirkan dengan bakat bermain biola menggunakan gigi. Tetapi adakah anda mempunyai bakat meneka? Bukan bakat meneka yang fake di mana lepas tengok laporan kaji cuaca terus pergi dapur cakap kat mak, saya teka petang ini hujan tak perlu jemur baju (-_-“) Tapi bakat meneka seperti melihat orang mengandung boleh teka dapat anak lelaki atau perempuan, seperti melihat sebuah handbag dapat teka mahal atau tidak kemudian baru decide nak pegang dan belek, atau seperti melihat seorang lelaki kacak boleh teka lurus atau bendul atau lurus bendul. Kalau anda ada bakat meneka, BAK DATANG TENGOK BOLEH TAK TEKA SEGUNI KENTANG BERAPA KGs?



Sebab kalau dapat teka, Mister Potato dengan murah hatinya nak hadiahkan anda emas! Ya ketulan emas! Yang Grand prize adalah jongkong emas bernilai RM88,888.00. Mata anda tidak salah. Ada lima angka 8 di situ, sebelum titik. Hadiah pertama RM8,888.00 tunai. Saguhati RM888.00 tunai. Hebat tak hebat?


Okay mari berpikir jauh dan aim jongkong emas bernilai RM88,888.00 terlebih dahulu. Boleh gadai buat beli kereta.


Mula-mula, beli mana-mana Mister Potato pek peraduan dan dapatkan sms code dalam pek itu. Gunakan sms code itu dan sertai pertandingan! (Satu sms code valid untuk satu sms entry sahaja).


Cara nak menang mudah, di sini lah bakat meneka anda bakal di uji. Nak jongkong ke tak nak? Okay focus. Cuba try test uji teka berapa berat kesemua-kesemua mereka termasuk 100 biji kentang dalam kilogram?



Mulakan dengan si dia:


Mister Potato dia ni tinggi sama dengan I, 5’7’. Ukuran perut memang selamanya 50’. 20 tahun lepas, berat dia dah cecah 100kgs. Seratus kg adalah bersamaan dengan seratus packet gula pasir kasar *info tak relevan saja buat tambah-tambah*



Mamat Ortega ni mesti tak berat. Tapi dia lagi tinggi dari I. Dia 5’8’. Ukuran pinggang 29’. Ha teka cepat teka. Dulu masa sekolah menengah dia macam lebih kurang 50kgs.




Tiga Mariachi’s ni kalau berdiri atas each other agak-agak dalam 12’ in height. Haha yang paling kiri sumpah comel nak tarik-tarik misai dia.


Dan yang terakhir. 100 biji kentang ni. Ikut purata seguni kentang patutnya boleh muat 200biji dan berat jadi 25kgs. Okay do the math cepat.



Mungkin eh tiada mungkin mungkin korang memang patut pergi website dia dan buat add math dengan semua clue kemudian kita bincang balik isu ini. Diri sendiri malas nak buat add math T_T


Jongkong emas nak buat bayar hutang PTPTN atau buat downpayment kereta? Klik sini,

www.misterpotato.com.my


No comments:

Post a Comment