Posto! Posto! Suka! Suka!

Ya semester ini amat demanding di mana sangat crucial untuk saya keep track of everything that's hapening and will be happening all around me. Kalau dulu asyik ambil job dan pulang ke Kuala Lumpur, semester ini adalah semester skema. Semester makan ikan dari awal semester. Semester jaga kedatangan penuh. Semester basuh baju jangan guna tangan, kau takda masa untuk semua itu. Ewah.


Wah sungguh teruja apabila ada insan-insan terpilih yang melayan kerenah I bila membebel dekat entri lepas minta organizer. Lalu di pos lajukan organizer ke Segamat :') Kepada yang takut-takut nak hantar sebab takde p.o box, dan kepada yang hantar email dulu tanya I dah dapat organizer ke belum, thank you thank you. It's okay now, I dah dapat 3 ketul (ooh lala Siti Aisah dan Abe Karim)

Okay saya tahu selama ini ada mendapat hadiah dari anda tapi tak pernah letak di belog, ini pertama kali. Tapi semua hadiah ada disimpan rapi di bilik dan ingatan tersemat rapi di hati. I remember each and everyone of you ♥


Tapi! Keciwa bila Selasa lepas pergi check post box dan menerima kad undangan kahwin yang bertarikh 23 Januari 2010. Terlepas sudah majlis, baru sampai suratnya. Takpelah, Selamat Pengantin Baru Liyana dan Amirul, semoga dapat anak gebu!




Selingan (wah wah dah pandai guna perkataan selingan): Bukan baju, seluar, tas tangan sahaja ada sale. Kini yang terbaru, Xpax pun ada Big Freekin Sale. Kalau satu download bernilai RM3, bila tiba waktu sale atau dinamakan Happy Hour (jam gembira) semua dipotong sebanyak 50%. Menjadi RM1.50. Masa itulah semua harus bersedia untuk mendownload sebanyak mungkin. Dan kalau terdownload yang berlabel Happy Hour, anda akan dapat percuma lagi satu! Buy 1 free 1 gitu. Kalau nak window shopping je dulu pun boleh, silalah ke laman beli-belah. Parking free -_- Oh Happy Hour (atau jam gembira *ulang) adalah dari 10am ke 12pm. Lagi satu pada 1pm ke 4pm. Dan sesi terakhir untuk hari itu ialah 7pm ke 9pm.

No comments:

Post a Comment