Tips Belajar Bersama Hamis

Okay I nak bagi tips belajar secara general sebenarnya. Bukan tips bagaimana belajar apabila bersama dengan Hamis. Itu senang sahaja, kau pasang iPod kat telinga, full volume dan jangan mengendahkan cubaan untuk berkomunikasi oleh beliau, sebarang aksi gonjeng beliau atau pelawaannya untuk pergi makan (breakfast, brunch, post-brunch, lunch, luntea, tea time, pre-dinner dan seterusnya). Seriously. No compromise, walau dia buat muka paling kau nak tampar, kau jangan endah!



I rasa over the moon, overjoyed tau bila sesiapa cakap I study hard. Sebab I tak pernah dengar orang yang kenal I, mana-mana orang sekeliling I cakap I study hard (-_-") Diorang selalu tuduh I main-main, kuat gayut, kuat makan, harap dapat jawapan dalam mimpi etc, padahal, I cuma harap restu mak aje heh yang lain itu memang comes naturally (semua tuduhan berasas).



Tapi sebagai manusia yang waras dan ingin menggapai kejayaan, I juga ada rasa cuak untuk gagal, maka apabila tiba rasa ini, I akan ambil highlighter dan mula menghighlight setiap perkataan. I tak reti highlight sebenarnya. Kalau tengok buku I, as though I highlight setiap butiran ayat termasuk tanda noktah. Maka perbuatan menghighlight dalam hidup I adalah bagai membuang garam ke laut. Ceh relevan entah tak peribahasa adik aku bagi ni.




During final exam, waktu semua orang busy, I pun akan busy buat benda lain. Seperti last semester, I busy pergi award show dekat Singapore heh. Tapi I tahu, otak I harus berfungsi dengan baik untuk menyerap semua ilmu dalam masa yang singkat, dalam satu malam approximately 8jam, maka I akan mulakan diet ikan seminggu sebelum paper. Pengambilan ikan akan memberi omega pada otak (input dari iklan, tidak pasti kesahihan fakta), maka otak yang kuat nescaya dapat menampung fakta yang banyak, sebanyak semua perkataan yang kau highlight T_T



Kenapa I berani buat semua ini? Sebab dalam setiap kelas, untuk setiap subjek, memang akan make sure paham apa yang dipelajari sebelum melangkah keluar waktu penghabisan kelas (selalunya menuju ke tempat-tempat makan dan berhibur, tapi itu cerita lain). Akan make sure tahu bagaimana nak selesaikan semua permasalahan dalam kerja yang bakal diberi, walaupun ada kemungkinan tak buat kerja tersebut, tapi bila tengok orang lain buat, akan boleh beri tunjuk ajar heh. Okay tipulah kalau nak kata dalam kelas bagi full attention, sebab selalu duduk belakang dan terkekeh-kekeh. Tapi time fokus, betul-betul fokus. Dalam 2jam of pembelajaran, peruntukkan 30minit untuk jadi betul-betul skema sehingga pinjam cermin mata kawan dan membuka kamus, serta mengangkat tangan untuk menjawab soalan pensyarah *boleh berlakon dalam video TV pendidikan siot* Dengan itu, tak perlulah nak ulangkaji waktu study week, yeay boleh pergi luar negara lagi.

Singapore 2009. Gambar hiasan.


Untuk mengasah otak, rajin-rajinlah tolong rakan dalam kesusahan. Walaupun kadang-kadang frust kalau tak dapat tolong dan terasa diri bodoh, tapi atleast lebih baik bodoh sekarang dari bodoh waktu malam sebelum exam, ha cuak-cuak. Pastu kalau I beri tunjuk ajar, tapi rupa-rupanya salah pastu kena gelak, sumpah I akan ingat ilmu itu sampai bila-bila sebab ego sedikit tercalar bila berlagak pandai tapi rupanya salah hahahaha.



Lagi satu sebagai warganegera yang prihatin, I selalu praktikkan benda ini. Kan kalau waktu-waktu exam, setiap orang yang kau bertembung akan tanya "Weh kau study?". Kalau I jawab belum, jadi sungguh typical (sebab semua orang suka jawab "Belum" dengan muka dan aksi paling Omg- weh-belumm sebab nanti bila result gempak macam wah study lambat tapi hebat cehhh), so I tak suka jawab "Belum". Tapi kalau I jawab "Dah", memang menipu bulat-bulat namanya. Jadi apa yang akan I buat sebagai concern citizen yang nak semua orang berjaya, setiap kali ditanya "Weh kau dah study?", I akan angkat tangan, bagi isyarat thumbs up dan senyum gila kerek super belagak. Kononnya melambangkan "Yeahhh aku dah cover habis semua syllabus, semua chapter, semua past sems questions, baik kau cuak dan start pulun study sekarang". Taktau berkesan ke tak kat orang-orang sekeliling I, tapi marilah kita harapkan yang terbaik :')




Yang terakhir, yang I boleh kongsi ialah, doa. Believe in the power of doa. Doa diri sendiri, doa emak, doa ayah, doa guru, doa rakan. Jangan lalai untuk selalu doakan kejayaan orang sebab bila kita doa untuk orang, kita mendoakan untuk diri sendiri! :) Everytime sebelum masuk dewan exam memang akan call emak, kalau tak dapat call, eh pernah ke tak dapat call, sanggup tunggu sampai dapat call walaupun itu bermakna I masuk dewan lambat dan semua orang dah belek kertas soalan T_T CUAK CUAK.



No comments:

Post a Comment