Senaman yang berkesan, mungkin berkesan, dan tidak berkesan langsung!

Memandangkan beberapa orang telah mencadangkan saya, bukan hanya mengubah diet bagi menambahkan berat badan tetapi harus juga menyertakan senaman kerana bukan mahu kurus sahaja harus bersenam, tetapi mahu gemuk juga, makanya terciptalah entri inih.

By the way, emak kata jangan mengada-ngada nak try jamu, nak try susu tambah berat, nak makan herbalife, untuk tambah berat badan. Mama kata my figure is a nature's way of telling I muda dara lagi so tak perlu mess up metabolism rate sendiri tsk tsk *akur terhadap orang yang mengandungkan I 9bulan*.

Tapi dia kata kalau secara makan banyak dan senaman maka takpe. Lagi-lagi kalau senaman itu involve mop lantai cuci kipas basuh bilik air T_T


Okay mari kita tinjau senaman naikkan/menurunkan berat badan yang berkesan, mungkin berkesan dan tidak berkesan langsung!


Yang memang confirm-confirm dengan penuh kepastian akan berkesan:

BILA KAU SIGN UP MEMBERSHIP DEKAT GYM SEBAB DIA CALL 23KALI SURUH SIGN UP, PASTU DAH TERSIGN UP, TERUS REDHA DAN IKUTI PROGRAM GYM. HA INI MEMANG BERKESAN. SELAIN LEMAK KURANG, DUIT DALAM AKAUN JUGA BERKURANGAN.




Senaman yang mungkin akan berkesan, malah telah saya cuba selama seminggu:

1. Untuk kardio, seperti idaman impian emak adalah mop lantai sekali waktu pagi dan sekali lagi waktu petang. Macam mandilah, dua kali seharikan? Kini, mop lantai juga datang dengan pakej itu.


2. Untuk angkat berat, buat sambal belacan dan tumbuk cili menggunakan batu lesung (pakej anak lesung dan emak lesung).

3. Untuk sukan, mandikan Arissa gemuk (bayi yang dijaga). Sumpah wrestling siot mandikan bayi ini. Debab gila dan stok benci air sehingga menggeliat setiap masa dan mampu mengtonekan muscle si pemandi (Hanis Zalikha). Lepas mandikan gemuk nih, memang berpeluh-peluh dan lenguh-lenguh sendi (lagi-lagi kalau baru lepas buat senaman kardio mop lantai tadi). Ceh padahal kalau baru tulis karangan 1page setengah pun dah lenguh-lenguh sendi. Tua betul.


Tapi memang senaman ini I dah try semua dan akan teruskan sampai cuti semester habis. Macam bibik kan? Yeaaaahhh the story of my life.



Senaman yang kau buat banyak kali pun tak berkesan sebenarnya:

Dulu waktu zaman ponteng kelas,lagi-lagi waktu eleventh period (budak Bio kaaan wtf), geng-geng I suka lepak dekat koridor blok belakang. Sambil menikmati pemandangan Summit Subang USJ dari tingkat teratas, kami juga melakukan pumping. Tapi against wall coridor tuh. Haha. Macam "weh jom buat pumping, aku dah gemuk" *mula meletakkan tangan di dinding koridor dan beraksi seperti pumping*. SUMPAH GEMUK ITU AKAN KEKAL SELAGI KAU TAK UBAH GAYA HIDUP T_T

Lagi satu senaman yang I dengan kawan-kawan rajin buat ialah bicycle kick, okay dia sebenarnya sejenis warm up yang orang selalu buat sebelum main bola, nama dia bukan bicycle kick pun, tapi gaya dia macam, baring atas lantai, dua-dua kaki ke atas, dan kayuh seperti kayuh basikal. Pastu senaman 'bicycle kick' ini jadi tak efektif bila kau start bodoh dan berkata "Look at me! Aku tengah turun bukit!" sambil stop mengayuh dan kaki terapung-apung. Sadis betul.

No comments:

Post a Comment