Tidak semua seperti yang kita mahukan

I macam dah agak dah banyak benda akan berubah kalau adik I, Khairi masuk sekolah berasrama penuh. Dulu kami sangat rapat. Dan dia sangat pintar. Budak baik. I jadi pengawas selalu kena jaga kelas dia. Kadang-kadang tak kena jaga pun, buat-buat jaga bila nampak takde cikgu dalam kelas. Pastu main Roda Impian dekat papan hitam dengan classmate Khairi. Taktau Khairi malu ke tak dapat kakak macam ni. Okay lets not focus on me walaupun ini belog saya, bukan ini belog Sharifah Aini *tiba-tiba.



Dia memang handsome. Dalam adik-beradik muka dia paling mirip I. Ceh cuba gabungkan dua ayat tadi dengan kata hubung 'kerana'. Bahahah diam Hanis. Kira dia adalah Hanis Zalikha versi lelaki. Kurus-kurus, tinggi-tinggi, hitam-hitam. Oh dulu dia putih! I DAH AGAK MASUK SEKOLAH ASRAMA JADI HITAM T_T Tsk. Masa dia muda ramai gila peminat. Budak-budak yang selalu main Roda Impian dengan I, suka jerit "KAKAK KHAIRI KAKAK KHAIRI HAIII" bila I lalu luar kelas diorang. Ada ke nak mengampu macam tuh. Belikan lah I keropok lekor ke apa. Ish.



Anyway, Khairi selalu jadi best student. Sebab dia memang nerd pandai handsome. Sentiasa nombor satu. Ini masa sekolah rendah lah zzz. Oh tiba-tiba I teringat Khairi datang kelas I masa waktu Matematik, pastu Puan Too kata "Hanis, its your brother", I tengok luar kelas dia tengah nangis. Apakah?! Malu aku. Rupanya bekal dia tumpah. OMG LAGI MALU, NANTI MASUK KELAS KAWAN TANYA KENAPA ADIK KAU NANGIS, NAK KENA JAWAB BEKAL MAKANAN TUMPAH. Sungguh lame T_T



Seperti dijangkakan, si cemerlang ini berjaya memboloskan diri ke asrama penuh. Mula-mula dia taknak, mati-mati dia taknak pergi. Benci betul dia dengan sekolah asrama. Setiap kali hantar dia pulang asrama jadi sayu sebab dia sangat rapat dengan keluarga. I seorang diri bantah hantar dia pergi asrama. Takde siapa nak dengar. I punya alasan, nanti dia tak rapat dengan keluarga, nanti siapa nak jaga dia kat sana, nanti rumah sunyi etc. Sigh so sad.



Lagi sedih apabila memang betul dia semakin tak rapat. Sekarang kalau I duduk dengan dia berdua pun takde benda nak sembang. Dia diam, I yang cuba untuk tak diam pun, lama-lama join diam. Paling sedih apabila, he's no longer the nerd handsome menangis kalau bekal tumpah Khairi. Dia jadi ketua pembuli dekat sekolah. Kawan dengan budak nakal. Stok yang selalu kena tangkap hisap rokok. Tapi cikgu dia kata Khairi seorang je tak hisap. Still..



Paling lawak masa bulan puasa. Semua baru balik dari rumah masing-masing. Biasalah semua mak akan bekalkan juadah buka macam kenduri kahwin pada anak-anak yang pulang asrama. Maka dia dengan kawan-kawan makan sehingga gendut. Pastu bila kawan dia kata "Eh jom nak gi tarawikh tak?", dia si ketua nakal pergi lead operasi "Eh takyahlah pergi, lepak jelah". APA JADI PADA ADIKKU?! Waktu lepak dalam bilik bacaan, dia main bola sepak (ya dalam bilik), kawan-kawan dia main karom, seorang lagi tidur. Tiba-tiba salah seorang mereka ternampak kelibat manusia berkopiah a.k.a Ustaz. Lari lintang pukang masuk dorm yang gelap sorok bawah katil. Bajet ustaz tak perasanlah padahal masa lari bising gila terlanggar-langgar loker, terlanggar katil. Khairi je nyorok dalam loker. Ishishish.



Ustaz pun suruh diorang semua turun bawah pergi surau. Tapi bukan untuk sembahyang no no no. Untuk teruskan apa yang diorang buat tadi, tapi kat luar surau. So Khairi kena teruskan main bola ngan kawan dia, yang sekerat lagi teruskan main karom, yang tidur tadi kena baca buku (sebab Ustaz tanya dia buat apa tadi, dia tak cakap dia tidur, dia kata dia baca buku). Hahaha buruk gila kalau dia kena teruskan tidur luar surau. Bila semua pelajar dah habis sembahyang tarawikh, ada free show kat luar surau hahaha. Semua cheer Khairi main bola "Woo goal goal goal!" (-_-") Memalukan betul.



Bila dia PMR, I tekad I cakap kat mama ngan daddy, keluarkan dia dari sekolah itu. Masa I dan kakak Liana ajar dia Matematik pun, kitorang rasa dia macam memang dah lost gila dalam pelajaran. Banyak Bs dan Cs tapi kurang As dalam report card dia sigh. Tapi dia berkeras nak stay juga kat sekolah tuh. Fuish. So buat deal paling senang, kalau result best, dapat stay, dapat result busuk, keluar dari sekolah itu sekarang jugak!








Okay fine dia dapat 9A's semalam.

No comments:

Post a Comment