Kita jumpa di kampus!


Perasan tak setiap kali cuti semester, kau akan keluar dengan orang yang sama dan takkan jumpa sahabat handai kongsi bantal kongsi penyangkut baju kongsi liquid paper waktu di kampus? Sigh.


TIDAK! CUTI SEMESTER IS COMING TO AN END! Tapi yang lebih TIDAK! lagi ialah fakta yang menyatakan, jikalau mengikut tahun dan bukan mengikut bulan, lagi 3hari masuk tahun 2010, umur saya ada angka 2 di hadapannya. Rasa macam baru minggu lepas saya tiup lilin 7batang (maksud daku, umur 7 tahun, bukan 16 tahun di mana malas nak cari 16 batang lilin, guna sahaja satu lilin campur 6 lilin jadi 16, wah panjang betul explanation macam nak minta markah dekat examiner di akhir kertas jawapan)



BOO UMUR 20TAHUN BOO! TUA BOO!

No comments:

Post a Comment